Langkau ke kandungan utama

Ruang makan yang tersedia untuk segala-galanya

Menjadi tuan rumah jamuan kepada rakan-rakan, meneruskan kerja, menyiapkan projek kreatif – ruang makan anda sedia untuk menangani semua itu. Mula dengan meja yang boleh dipanjangkan, kerusi yang selesa dan storan berguna untuk mewujudkan ruang yang akan membantu anda bertukar dengan lancar antara semua aktiviti anda.

Ruang makan berwarna kuning air yang mempunyai meja makan boleh dipanjangkan STRANDTORP yang disediakan untuk makan malam, dikelilingi oleh kerusi TOSSBERG dan LÅNGFJÄLL.
Ruang makan berwarna kuning air yang mempunyai meja makan boleh dipanjangkan STRANDTORP yang disediakan untuk makan malam, dikelilingi oleh kerusi TOSSBERG dan LÅNGFJÄLL.

Daripada meja makan kepada meja kerja

Meja makan yang boleh dipanjangkan ini mudah sahaja membentuk tempat untuk anda bekerja dari rumah dengan selesa. Apabila ditutup, saiznya betul-betul sesuai untuk dua orang bekerja menghadap satu sama lain. Hanya dapatkan beberapa laci storan beroda dan kerusi yang selesa, dan mula bekerja.

Lihat semua meja boleh dipanjangkan
Meja boleh dipanjangkan STRANDTORP yang disediakan untuk bekerja dengan monitor di atas sangga dan lampu di atasnya, serta kerusi pejabat di hadapannya.
Lihat semua meja boleh dipanjangkan

Cara untuk menyerlahkan ruang kerja anda

Perkara-perkara kecil – seperti lampu kerja LED ini dan sangga monitor – boleh banyak membantu mewujudkan ruang kerja terfokus dan produktif. Sangga monitor itu mempunyai laci yang berguna, jadi pensel, pen dan buku tidak akan tersepah, dan papan kekunci muat dengan sempurnanya di bawah laci.

Lihat semua aksesori meja kerja
Sangga monitor ELLOVEN yang mempunyai monitor di atasnya, dengan lacinya terbuka dan papan kekunci yang sebahagiannya di bawah laci itu, terletak di atas meja.
Lihat semua aksesori meja kerja

Ruang untuk menyimpan kerja

Untuk membantu memastikan kelengkapan kerja anda tidak dapat dilihat apabila anda selesai bekerja, cuba tambah beberapa storan yang kelihatan indah di ruang makan anda supaya ia dapat disembunyikan dengan kemas. Hasilnya? Ruang yang tenang dan tidak berselerak, sedia digunakan untuk aktiviti lain.

Lihat sistem storan BESTÅ
Kabinet storan BESTÅ bersandar pada dinding dengan salah satu pintunya terbuka menunjukkan bakul storan di dalamnya. Empat para terlekap pada dinding di atas.
Lihat sistem storan BESTÅ

Majlis makan malam sedia dalam sekelip mata

Tidak ada sesiapa pun yang akan dapat meneka bahawa ini merupakan ruang kerja di rumah anda beberapa jam sebelum ini. Dengan bantuan dua kepak yang disimpan dengan kemas, meja ini dapat dipanjangkan dengan cepat dan mudah menjadi meja makan yang luas. Tambah kerusi upholsteri yang selesa dan tetamu anda tidak akan tergesa-gesa hendak pergi.

Lihat semua kerusi upholsteri
Meja boleh dipanjangkan STRANDTORP yang disediakan untuk makan malam, dikelilingi oleh kerusi TOSSBERG dan LÅNGFJÄLL, dengan dua lampu pendan tergantung di atas.
Lihat semua kerusi upholsteri

Meja yang indah

Sama ada anda menjadi tuan rumah makan tengah hari santai yang panjang atau majlis makan malam keraian, gabungkan kelengkapan hidangan, barang-barang kaca dan tekstil untuk mewujudkan suasana yang penuh dengan gaya yang selesa dan menggoda. Jamuan anda pasti akan kelihatan seenak rasanya.

Lihat semua perkakas dapur & kelengkapan hidangan
Meja makan yang disediakan dengan pinggan dan mangkuk GLADELIG, dengan landas cencang di tengah-tengah meja menampung sebuku roti.
Lihat semua perkakas dapur & kelengkapan hidangan