Langkau ke kandungan utama

Ruang makan yang selesa dengan suasana kafe Scandinavia

Rasai suasana riang dan rasa puas hati yang dipanggil ‘hygge’ oleh orang Scandinavia di rumah dengan ruang makan yang rasa seperti kafe Scandinavia. Ia menampilkan palet warna putih dan hitam yang minimal, kayu berwarna cerah dan perincian yang selesa. Serlahan kafe yang menyeronokkan, dinding papan hitam dan berbilang meja makan melengkapkan wajahnya. Tidak perlu pergi ke kafe apabila anda ada kafe sendiri di rumah.

Ruang makan dengan tiga tingkap besar dan dinding papan hitam yang mempunyai dua meja LISABO venir kayu ash dengan kerusi yang sepadan.
Ruang makan dengan tiga tingkap besar dan dinding papan hitam yang mempunyai dua meja LISABO venir kayu ash dengan kerusi yang sepadan.

Kayu berwarna cerah digabungkan dengan perincian berwarna putih dan hitam

Di ruang ini, kami menghasilkan wajah gaya Scandinavia yang minimal namun selesa dengan palet warna hitam dan putih yang digabungkan dengan kehangatan kayu. Kami menggunakan meja dan kerusi kayu berwarna perang muda (terdapat dua meja di ruang ini untuk mewujudkan suasana seperti kafe) dan troli berwarna hitam yang anggun yang sangat sesuai untuk menyimpan kelengkapan hidangan dan snek.

Lihat semua troli
Bakul RISATORP berwarna putih yang berisi herba dan sudu kayu terletak di atas meja di sebelah mangkuk hidangan BLANDA MATT.
Troli NISSAFORS berwarna hitam dengan kotak kayu dan benda-benda lain bertindan di atasnya terletak di sebelah meja dan ambal yang berjalur-jalur.
Lihat semua troli

Bina kaunter kafe anda sendiri

Beberapa kabinet disatukan melalui cara ini membentuk kaunter kafe anda sendiri di rumah. Ia merupakan storan praktikal untuk semua yang anda perlukan di ruang makan, dan permukaannya sangat sesuai untuk membuat persediaan kopi dan teh anda sendiri dengan dulang, cawan dan benda-benda lain yang diperlukan untuk masa ‘fika’.

Lihat semua saidbod & bufet
Beberapa gelas OMBONAD dan gelas berkaki OMBONAD berwarna kelabu terletak di atas dua kaunter berwarna putih di hadapan tingkap yang mempunyai tumbuh-tumbuhan.
Kabinet dengan pintu kaca VIHALS berwarna putih yang mengandungi pelbagai objek terletak di sebelah troli RÅSKOG berwarna hitam.
Lihat semua saidbod & bufet

Sudut kreatif

Ruang makan ini benar-benar merupakan ruang serba guna dan pusat aktiviti rumah ini. Di sini, kami menggunakan kombinasi storan dengan kotak di penjuru ruang untuk mewujudkan tempat yang memberikan inspirasi untuk berseni dan bertukang. Dinding bercat papan hitam – tempat anda boleh menulis menu harian – menyerlahkan tema kafe ruang ini.

Ruang dengan papan hitam pada satu dinding mempunyai kerusi LISABO kayu ash di sebelah meja LISABO dan lampu kerja TERTIAL berwarna kelabu gelap.

Wujudkan suasana dengan cahaya dan bunyi

Wujudkan suasana kafe yang selesa dengan berbilang lampu pendan dan muzik. Jauh lebih baik daripada duduk di kafe orang lain – anda boleh berperanan sebagai DJ dan memilih lagu yang ingin anda dengar.

Lihat semua pembesar suara Wi-Fi
Tiga set kord untuk lampu GRÅVACKA tergantung pada siling dengan tiga mentol lampu yang dinyalakan di hadapan tingkap yang mempunyai tumbuh-tumbuhan.
Pembesar suara para buku WiFi SYMFONISK dan lampu kerja TERTIAL berwarna kelabu gelap di atas unit rak terbuka EKENABBEN kayu aspen dan berwarna putih.
Lihat semua pembesar suara Wi-Fi

Kafe Scandinavia anda sendiri di rumah dijadikan mudah

Berbilang meja, kaunter kafe yang juga mempunyai banyak storan, kayu berwarna cerah dan palet warna hitam dan putih yang ringkas membentuk ruang makan ini. Hasilnya? Kafe yang nyaman dan selesa di rumah yang memberikan keseronokan yang sama seperti berada di kafe kegemaran anda. Mungkin lebih baik lagi.

Lihat siri LISABO
Dua meja LISABO venir kayu ash dan beberapa kerusi LISABO kayu ash terletak di atas ambal STOCKHOLM berwarna hitam dan putih pudar.
Lihat siri LISABO

Lihat lebih banyak ruang makan yang memberikan inspirasi