Langkau ke kandungan utama

Ruang makan “yang lebih luas” boleh dimiliki, walaupun ingin berjimat

Beginilah caranya untuk memperoleh ruang makan yang terang, peribadi dan luas, walaupun ruangnya terhad. Meja boleh dipanjangkan memberi anda lebih ruang lantai apabila diperlukan, dan lebih banyak tempat duduk untuk tetamu apabila tiba masanya untuk bersosial.

Manjakan diri anda dan rakan-rakan anda dengan kerusi berwarna merah yang memberangsangkan yang selesa diduduki selama berjam-jam. KARLJAN juga berpatutan harganya, jadi ia merupakan pilihan yang lebih baik jika anda pemindah kali pertama yang ingin berjimat!

NYMÅNE memberikan pencahayaan sekitar yang baik, dan anda boleh menetapkan suasana serta-merta dengan sedikit bantuan daripada mentol lampu TRÅDFRI yang boleh dimalapkan. Tahukah anda bahawa anda boleh juga menukar antara pencahayaan hangat dan dingin?

Berikan ekspresi hiasan dan berwarna-warni kepada storan ruang makan anda dengan memilih unit rak yang dibuat daripada kayu yang tidak dirawat, jadi anda boleh mengecatnya menjadi kesempurnaan peribadi.

Ambal yang anda boleh terbalikkan adalah lebih praktikal: anda boleh mengubah penampilan ruang makan anda serta-merta, anda mendapat permaidani dua dalam satu dan anda boleh menyembunyikan tumpahan dengan segera!

NIKKEBY boleh melakukan lebih daripada hanya menyimpan pakaian – ia juga dapat berfungsi sebagai kekaki dengan banyak ruang untuk tumbuh-tumbuhan hijau anda.

Gunakan juga bahagian belakang sofa anda dengan meletakkannya dekat dengan meja makan. Penyandar sofa berserta dengan bangku di meja boleh dipanjangkan menawarkan lebih banyak tempat duduk untuk tetamu anda.