Panduan membeli perabot ruang makan
Lima sebab untuk membeli kerusi dan meja makan IKEA
Ruang makan merupakan nadi rumah - pada setiap waktu makan - dan antara waktu makan. Di IKEA, kami ada produk-produk yang hebat dan idea-idea yang memberikan inspirasi untuk menghasilkan tempat sempurna yang akan memberi anda banyak detik gembira selama bertahun-tahun yang akan datang.
1. Manfaat dan ciri unik | 2. Kerusi yang selesa untuk dipadankan |
3. Set ruang makan untuk setiap saiz | 4. Bahan berkualiti dan lestari |
5. Reka bentuk yang berfungsi dan praktikal
Manfaat dan ciri unik
Kerusi yang selesa untuk dipadankan
Berapa ramai orang yang anda mahu muatkan? Setiap orang memerlukan ruang makan lebih kurang 60 cm dan jarak sekurang-kurangnya 80 cm di antara meja dengan dinding atau kabinet. Dengan mendapat bentuk dan perkadaran yang sesuai, semua orang dijamin akan kekal di situ lebih lama.
Ciri penting ini dalam reka bentuk kami memastikan tubuh manusia bergerak balas dengan produk kami secara selesa dengan kombinasi bentuk dan bahan yang terbaik.
Kerusi meja makan upholsteri memberi anda keselesaan tambahan yang menambahkan keseronokan berada di meja makan. Sesetengahnya juga mempunyai tempat letak tangan yang dapat mengurangkan keletihan leher dan belakang supaya anda dapat duduk dengan selesa.
Kerusi meja makan tanpa upholsteri tidak sahaja kelihatan indah, tetapi juga rasa selesa. Direka bentuk dengan sokongan bahagian bawah belakang, pengagihan berat dan kecondongan tempat duduk yang sesuai, semua orang akan berasa gembira untuk terus berada si situ (walaupun tiada pencuci mulut).
Kerusi boleh lipat adalah hebat sama ada anda mempunyai ruang yang sangat kecil atau tetamu yang datang tanpa diduga. Ia boleh disimpan dengan kemas antara penggunaan dan kebanyakannya direka bentuk agar dapat digantung sama rata dengan dinding.
Bangku bar kami memberikan sokongan lumbar yang baik dan direka bentuk untuk mengagihkan berat anda secara sekata supaya anda boleh duduk dengan selesa. Sesetengahnya ada upholsteri untuk keselesaan pengkusyenan.
Set ruang makan untuk setiap saiz rumah
Sama ada anda ingin melengkapi pangsapuri studio atau rumah dua tingkat, kami ada pelbagai pilihan meja untuk semua keluarga. Reka bentuk dan bahan yang berbeza membantu menetapkan gaya. Moden atau tradisional, pilihannya di tangan anda.
Bahan yang berkualiti dan lestari
Setiap bahan mempunyai kesan estetik yang berbeza, serta pertimbangan praktikal. Kebanyakan meja kami dihasilkan dengan kemasan yang melindunginya daripada perubahan warna dan meminimumkan keperluan penyelenggaraan selama bertahun-tahun.
Kayu padu semula jadi
Meja makan yang dibuat daripada kayu semula jadi akan kelihatan dan menua dengan indah sambil warnanya menjadi gelap dan lebih pekat melalui masa. Terdapat dua jenis bahan kayu: kayu keras dan kayu lembut. Kayu lembut lebih mudah tercalar dan kurang mahal, tetapi dengan penjagaan yang baik, kedua-duanya dapat digunakan selama bertahun-tahun yang akan datang.
Venir kayu keras
Venir kayu keras mempunyai rupa dan rasa ira kayu semula jadi berserta dengan penjagaan yang mudah, permukaan tahan lasak yang dapat tahan perlanggaran dan hantukan daripada kerusi, kanak-kanak dan mainan. Dengan bahan ini, kami menggunakan teknik yang menggunakan kurang sumber semula jadi dan dapat menghasilkan variasi dari segi warna dan corak kayu.
Melamina
Melamina ialah pilihan yang pintar untuk keluarga yang mempunyai anak kerana ia tahan lembapan dan tahan calar serta dapat tahan tumpahan, mainan yang menghantuknya, perlanggaran dan percikan. Berpasangan dengan rangka logam yang kukuh, anda memiliki meja yang dapat bertahan ujian yang paling lasak.
Reka bentuk yang berfungsi dan praktikal
Haruskah anda memilih bentuk bulat yang memudahkan bersosial, segi empat tepat yang klasik atau segi empat sama yang munasabah? Semuanya bergantung pada saiz dan bentuk ruang anda. Meja makan kami juga boleh digunakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berbeza di rumah - hanya pilih meja yang paling sesuai dengan anda.