Langkau ke kandungan utama

Storan pakaian kanak-kanak – belajar untuk menguruskannya sendiri

Menguruskan storan pakaian anda dan mengenakan pakaian sendiri merupakan bahagian yang penting semasa membesar. Daripada mengetahui pakaian yang hendak dipakai dan menjaga pakaian anda kepada menempatkan pakaian kotor untuk dibasuh dan melipat pakaian bersih semula, di sini ada beberapa petua yang berguna.

Seorang budak sedang mengenakan pakaian di atas ambal berwarna kelabu di hadapan bangku dengan storan mainan berwarna putih dan almari pakaian dengan unit tarik keluar berwarna putih.
Seorang budak sedang mengenakan pakaian di atas ambal berwarna kelabu di hadapan bangku dengan storan mainan berwarna putih dan almari pakaian dengan unit tarik keluar berwarna putih.

Menyimpan pakaian bersih

Belajar melipat dan menyimpan pakaian bersih membuatkan kanak-kanak berasa terlibat dan memberi mereka rasa berjaya menyempurnakan suatu tugas. Kotak storan ringan di dalam laci dan almari pakaian – yang mudah dikeluarkan untuk diisi semula – menjadikan segala-galanya lebih mudah diurus.

Lihat semua kotak & bakul kanak-kanak
Seorang budak sedang melipat pakaian dengan dibantu oleh sekeping kadbod dan meletakkannya ke dalam kotak UPPRYMD berwarna firus di atas ambal bercorak potongan wajik/beraneka warna.
Lihat semua kotak & bakul kanak-kanak

Menggantungkan pakaian yang hendak dipakai di luar almari pakaian

Cangkuk di bahagian luar almari pakaian memudahkan persediaan untuk hari berikutnya. Ia merupakan rutin yang baik untuk dipelajari awal supaya pagi esoknya sentiasa berjalan dengan lancar. Tentu sekali, sesuai jika ada cermin berhampiran untuk membantu mereka semasa mengenakan pakaian.

Lihat semua kelengkapan dalaman SMÅSTAD
Pelbagai pakaian pada penyangkut kot kanak-kanak dan beg galas tergantung pada cangkuk dan klip LÄTTHET di bahagian luar almari pakaian berwarna putih.
Lihat semua kelengkapan dalaman SMÅSTAD

Pengaturan yang dapat dilihat dengan jelas

Kotak lut sinar membantu anak anda memilih pakaian yang hendak dipakai tanpa menjadikan keadaan berselerak. Idea yang baik ialah meletakkan pakaian yang mereka selalu pakai pada ketinggian yang paling sesuai. Apabila dua orang adik-beradik berkongsi, biarkan yang lebih kecil menggunakan bahagian bawah.

Lihat semua perabot kanak-kanak
Kombinasi storan dengan rangka kayu pain dan kotak jaring TROFAST dalam pelbagai warna terletak di atas ambal, dengan salah satu kotaknya ditarik keluar.
Lihat semua perabot kanak-kanak

Menjadikan barang-barang mudah diambil

Mengambil pakaian gantung dan juga berlipat dengan mudah sudah tentulah – sebaik-baiknya tanpa perlu menggunakan bangku tangga. Seperti almari pakaian dengan unit tarik keluar ini yang memudahkannya untuk melihat, memilih dan memuatkan pakaian untuk anak-anak kecil pun.

Lihat sistem SMÅSTAD
Seorang budak sedang mengayunkan baju panas berwarna biru di atas bahunya, di hadapan almari pakaian dengan unit tarik keluar SMÅSTAD berwarna putih yang terbuka.
Lihat sistem SMÅSTAD

Untuk dibasuh

Menempatkan pakaian kotor untuk dibasuh adalah lebih mudah dengan bakul kain kotor mereka sendiri. Memilih saiz yang kecil – seperti storan mainan ini – merupakan pilihan yang bijak supaya longgokan itu tidak menjadi terlalu besar. Malahan petaknya membolehkan mereka mula mengasingkan kain kotor mereka.

Lihat semua storan & pengaturan kanak-kanak
Storan berpetak TIGERFINK berwarna firus terletak di antara katil kayu bic dan almari pakaian berwarna kelabu, serta ambal bercorak potongan wajik/beraneka warna.
Lihat semua storan & pengaturan kanak-kanak