Langkau ke kandungan utama

Khazanah kanak-kanak bertatih

Adakah anda mahu membina bilik kanak-kanak bergaya tradisional yang selesa dan ceria? Bilik yang mempunyai banyak storan dan personaliti yang hebat? Di sini ada beberapa idea dan cadangan untuk membantu anda melakukannya.

Bilik kanak-kanak tradisional berwarna putih/merah jambu dengan storan SMÅSTAD/PLATSA, katil bayi SUNDVIK dan bangku kanak-kanak FLISAT.
Bilik kanak-kanak tradisional berwarna putih/merah jambu dengan storan SMÅSTAD/PLATSA, katil bayi SUNDVIK dan bangku kanak-kanak FLISAT.

Cari ruang dalam ruang

Menggantungkan petak storan tambahan pada rel di dalam almari pakaian dapat membantu anda mengasingkan dan menyusun banyak lagi pakaian kanak-kanak anda.

Lihat semua penyusun atur pakaian & kasut kanak-kanak
Almari pakaian dan almari berlaci SMÅSTAD. Di dalam almari pakaian terdapat storan 5 petak RASSLA yang menyimpan pakaian.
Lihat semua penyusun atur pakaian & kasut kanak-kanak

Pohon kehidupan

Sentiasa seronok melihat betapa cepatnya mereka membesar dari tahun ke tahun. Dengan pohon carta ketinggian pelekat hiasan ini, anda boleh membuat bilik anak anda lebih peribadi lagi.

Almari berlaci SMÅSTAD/PLATSA dengan cermin di sisinya terletak di sebelah pelekat hiasan KINNARED di dinding.

Menambah suasana dengan kanopi katil

Dengan kanopi katil, anda boleh mewujudkan suasana dan mengubah katil bayi menjadi ceruk yang selesa.

Bilik kanak-kanak yang mempunyai katil bayi SUNDVIK dengan kusyen empuk dan mainan lembut terletak di bawah kanopi katil RÖDHAKE berwarna putih.

Cahaya yang berpotensi mewujudkan suasana bagaikan mimpi

Ada kalanya, hanya perlukan sedikit cahaya – dan arnab yang menenangkan hati – untuk berasa cukup nyaman untuk tidur.

Lihat semua pencahayaan kanak-kanak
Mainan lembut dengan lampu malam LED PEKHULT bentuk arnab terletak di atas katil bayi SUNDVIK berwarna putih dengan linen katil RÖDHAKE.
Lihat semua pencahayaan kanak-kanak

Berguna untuk anak anda

Melekapkan storan dinding FLISAT pada ketinggian mesra kanak-kanak memudahkannya untuk anak anda mencapai barang-barang kegemaran mereka.

Lihat semua cangkuk & penyusun atur dinding kanak-kanak
Dua storan dinding FLISAT dilekapkan pada dinding. Salah satunya dilekapkan terbalik dengan pakaian tergantung pada relnya.
Lihat semua cangkuk & penyusun atur dinding kanak-kanak

Kemas di dalam dan di luar

Anda boleh membuat pengemasan bilik lebih senang dengan menambah kotak storan di dalam laci yang luas. Ia akan membantu anak anda menjumpai dan menyusun barang-barang mereka.

Lihat semua kotak & bakul kanak-kanak
Tiga kotak NÖJSAM yang mengandungi mainan lembut bentuk haiwan di dalam kotak SMÅSTAD yang ditarik keluar dari bawah bangku panjang.
Lihat semua kotak & bakul kanak-kanak