Langkau ke kandungan utama

Impian praremaja

Terlalu bergaya untuk mainan tetapi masih berminat dengan kesenian dan ketukangan serta tetamu bermalam yang suka ketawa berdekit-dekit? Inilah bilik kanak-kanak untuk praremaja atau remaja yang mula melahirkan dan meneroka gaya mereka sementara mengekalkan hobi kegemaran dan perjumpaan hujung minggu dengan kawan baiknya.

Bilik tidur kanak-kanak yang lebih tua dengan almari pakaian SMÅSTAD dan katil SLÄKT bertentangan dengan kerusi OMTÄNKSAM dan meja MICKE berwarna putih.
Bilik tidur kanak-kanak yang lebih tua dengan almari pakaian SMÅSTAD dan katil SLÄKT bertentangan dengan kerusi OMTÄNKSAM dan meja MICKE berwarna putih.

Warna dan keselesaan

Kenapa tak merangsangkan tetamu yang bermalam dengan sarung kuilt yang berwarna-warni dan sarung bantal yang dibuat daripada bahan yang selesa seperti lyocell dan kapas yang ditanam secara lestari?

Lihat semua linen katil kanak-kanak
Katil SLÄKT terletak di dalam bilik tidur kanak-kanak dengan katil bawahnya ditarik keluar. Kedua-duanya ditutupi linen katil GRACIÖS yang berwarna-warni.
Lihat semua linen katil kanak-kanak

Kelihatan kemas

Anda boleh menggunakan kotak di dalam laci untuk membantu menyimpan setiap barang di tempatnya dan memudahkannya untuk anak anda menjumpai benda yang mereka cari.

Lihat semua kotak & bakul kanak-kanak
Katil dengan katil bawah dan storan SLÄKT terletak di dalam bilik tidur kanak-kanak. Salah satu laci ditarik keluar dari bawah katil.
Lihat semua kotak & bakul kanak-kanak

Gaya mereka di luar dan di dalam

Melahirkan gaya peribadi menjadi semakin penting sambil kanak-kanak meningkat dewasa. Jika anda memilih almari pakaian berpintu gabus, anak anda boleh mempamerkan gambar kegemaran mereka di bahagian luar dan mengurus pakaian kesukaan mereka di bahagian dalam.

Dua almari pakaian SMÅSTAD dengan pintu gabus dan pemegang berbentuk anak panah terletak sebelah-menyebelah. Pintu salah satunya terbuka.

Storan yang mudah dicapai

Anda dapat membantu anak anda mengambil dan mengemas barang-barang mereka dengan menempatkan kabinet dinding mereka pada ketinggian yang boleh mereka capai dengan mudah.

Lihat sistem SMÅSTAD
Kabinet SMÅSTAD dengan pemegang JÄRNSPARV dilekapkan pada dinding berwarna biru, dan kotak yang berbeza-beza serta fail majalah terletak di atasnya.
Lihat sistem SMÅSTAD

Meluangkan tempat untuk dua orang

Tidak kira sama ada masa untuk belajar, pertukangan atau hobi – ia sentiasa lebih seronok apabila melakukannya bersama-sama. Jika anda mendapatkan meja panjang dan bangku tambahan untuk anak anda, anda akan memastikan bahawa sentiasa ada ruang untuk kawan anak anda menemaninya.

Lihat semua meja kanak-kanak
Meja MICKE, kerusi OMTÄNKSAM dan bangku KYRRE terletak di penjuru di bawah tiga papan penyepit SKÅDIS yang dilekapkan pada dinding.
Lihat semua meja kanak-kanak

Studio pelukis muda

Dengan rod langsir, beberapa gegelang langsir dengan klip dan segulung kertas lukisan, anda dapat membantu pelukis anda yang sedang meningkat menghasilkan dan mempamerkan seni mereka.

Lihat semua rod & rel langsir
Segulung kertas lukisan MÅLA dan lukisan tergantung pada rod langsir RÄCKA yang dilekapkan pada dinding, dekat dengan unit laci beroda ALEX.
Lihat semua rod & rel langsir

Produk yang menarik perhatian