Langkau ke kandungan utama

4 langkah untuk anda memiliki ruang cucian tersembunyi

Mari bersifat realistik. Bagi kebanyakan kita, bilik mandi kita bukan sahaja berfungsi sebagai bilik spa yang tenang – ia juga bilik cucian. Dan ia tidak mengambil masa yang lama untuk bertukar daripada berfungsi juga sebagai bilik cucian kepada menjadi hampir keseluruhannya bilik cucian. Pengubahsuaian yang mudah bermakna anda tidak akan kehilangan ruang cucian anda, tetapi anda memperoleh ketenangan yang sangat diperlukan di dalam bilik mandi anda pada masa yang anda amat memerlukannya.

Bakul kain cucian fleksibel TORKIS berwarna biru berisi kain cucian, rak pengering dan kusyen duduk di balkoni yang disinari cahaya matahari dan dihias dengan tumbuh-tumbuhan.
Bakul kain cucian fleksibel TORKIS berwarna biru berisi kain cucian, rak pengering dan kusyen duduk di balkoni yang disinari cahaya matahari dan dihias dengan tumbuh-tumbuhan.

1. Sembunyikan tempat cucian anda

Jadikan ruang bilik mandi berfungsi untuk semua keadaan. Tempat cucian boleh disembunyikan dengan mudah di belakang langsir, sementara sink kembar GODMORGON/ODENSVIK menjadikan ruang berfungsi untuk semua ahli keluarga.

Lihat lebih banyak unit solek bilik mandi
Bilik mandi yang mempunyai kabinet bawah sink dengan dua laci GODMORGON berwarna putih, sink cuci tangan ODENSVIK dan kawasan cucian yang separa terlindung.
Lihat lebih banyak unit solek bilik mandi

2. Storan ruang kecil yang pintar

Melakukan kerja cucian anda di ruang yang sempit boleh memeningkan kepala. Luaskan ruang itu dengan storan pintar seperti rak pengering lekap dinding BOAXEL dan papan penyepit SKÅDIS.

Lihat lebih banyak sistem BOAXEL
Kawasan cucian dengan bakul kain cucian fleksibel TORKIS, papan penyepit SKÅDIS, penyangkut dengan penyepit dan kain cucian di atas bahagian BOAXEL.
Lihat lebih banyak sistem BOAXEL

3. Pembaharuan tekstil dengan ketenangan tambahan

Tirai mandi ini bukan sahaja membawa masuk alam semula jadi ke dalam bilik mandi anda dengan motif ikan berwarna biru, tetapi juga dibuat daripada 100% poliester kitar semula daripada sumber-sumber seperti botol PET.

Lihat lebih banyak tirai mandi
Tirai mandi VATTENSJÖN berwarna putih dan biru dengan motif ikan dan sebatang pokok terletak di sebelah pancuran di dalam bilik mandi.
Lihat lebih banyak tirai mandi

4. Ambil udara segera di mana saja mungkin

Apa jua ruang luar yang anda ada, sekaranglah musimnya untuk memanfaatkan ruang itu sepenuhnya. Membawa kain cucian ke ruang luar untuk mengeringudarakannya menggunakan item-item yang sesuai untuk kegunaan luar seperti bakul kain cucian dan rak pengering ini adalah lebih segar dan lebih semula jadi.

Lihat lebih banyak mencuci & membersih
Bakul kain cucian fleksibel TORKIS berwarna biru berisi kain cucian dan rak pengering MULIG di balkoni yang disinari cahaya matahari dan dihias dengan tumbuh-tumbuhan.
Lihat lebih banyak mencuci & membersih