Langkau ke kandungan utama

3 idea menghias bilik mandi – kuasa tekstil

Cara anda menghias bilik mandi boleh membuat perbezaan yang besar pada suasana waktu pagi dan kesejahteraan keseluruhan anda setiap kali anda melangkah masuk. Jadi, inilah petuanya: Jangan memandang rendah kesan yang boleh dilakukan oleh perubahan tekstil untuk menceriakan keadaan.

Tuala tangan dan mandi berwarna putih, kuning air muda, coklat/kelabu muda, kelabu gelap dan hijau muda dipamerkan di dalam bilik mandi berjubin berwarna kelabu.
Tuala tangan dan mandi berwarna putih, kuning air muda, coklat/kelabu muda, kelabu gelap dan hijau muda dipamerkan di dalam bilik mandi berjubin berwarna kelabu.

Keharmonian macam spa diselubungi kehijauan

Jika anda menyukai sedikit tumbuh-tumbuhan hijau di dalam bilik mandi, cuba teruskan tema yang sama dengan tekstil dalam warna yang harmoni. Tuala berwarna hijau yang tenang ini bertekstur wafel di satu sisi dengan fabrik teri yang lembut di sisi lain, jadi anda mendapat dua pilihan apabila mengeringkan badan. Aksesori yang dibuat daripada buluh dan gentian semula jadi juga merupakan sentuhan yang indah.

Lihat semua tuala tangan
Bilik mandi berjubin berwarna kelabu yang mempunyai cermin bulat kayu walnut, tuala tangan dan mandi berwarna hijau muda serta alas kaki SÖDERSJÖN berwarna hijau gelap.
Tuala tangan VALLASÅN berwarna hijau muda terletak di tepi sink bulat berwarna putih dengan pendispens sabun DRAGAN buluh di belakangnya.
Lihat semua tuala tangan

Keanggunan monokrom

Mencampurkan warna kelabu, daripada warna putih terang kepada warna hitam sepenuhnya, dapat memberi anda penyataan yang bergaya. Dalam persekitaran yang lebih gelap, nuansa warna terang memberikan lebih kesan – dan sebaliknya. Tuala-tuala ini dengan fabrik teri yang lembut boleh didapati dalam pelbagai warna, jadi anda dapat menyeimbangkan penampilannya mengikut kesukaan anda – dan mengubahnya pada bila-bila masa yang anda suka.

Lihat semua tuala mandi
Bilik mandi yang mempunyai tuala tangan dan mandi berwarna putih dan kelabu gelap, tirai mandi BJÄRSEN berwarna putih dan cermin bulat berwarna hitam.
Tuala mandi VÅGSJÖN berwarna putih dan kelabu gelap tergantung pada ampaian tuala berwarna hitam yang terlekap pada dinding berjubin berwarna kelabu, serta set 3 unit perkakas bilik mandi yang dibuat daripada tembikar batu.
Lihat semua tuala mandi

Ton warna semula jadi yang sama

Menggunakan tekstur, bahan dan aksesori yang berbeza-beza dalam skema warna tanah dapat membantu mewujudkan gaya yang tenang dan teratur di seluruh bilik mandi. Alas kaki berwarna kuning air boleh merupakan permulaan yang baik untuk penampilan semula jadi yang baharu daripada warna putih pudar kepada kuning air gelap atau kelabu-coklat.

Lihat semua alas kaki
Bilik mandi yang mempunyai tirai mandi BASTSJÖN berwarna putih/kelabu/kuning air, serta tuala tangan dan mandi berwarna coklat/kelabu muda dan kuning air muda.
Tuala mandi berwarna coklat/kelabu muda dan kuning air muda di tepi tab mandi, alas kaki ALSTERN berwarna kuning air dan tumbuh-tumbuhan di dalam vas kaca.
Lihat semua alas kaki