Langkau ke kandungan utama

Bilik mandi yang anggun untuk berehat dan bersantai

Wujudkan suasana hotel yang mewah di dalam bilik mandi anda sendiri. Dengan perabot bilik mandi dalam kemasan kayu, kabinet dan laci untuk memastikan ruang anda tidak berselerak, serta aksesori untuk menyatukan penampilannya, anda boleh memanjakan diri di dalam bilik mandi impian anda.

Pintu di dalam bilik tidur menawarkan peluang untuk mengintai bilik mandi yang bergaya dengan kabinet bawah sink kayu, cermin bulat dan jubin berwarna kuning air.
Pintu di dalam bilik tidur menawarkan peluang untuk mengintai bilik mandi yang bergaya dengan kabinet bawah sink kayu, cermin bulat dan jubin berwarna kuning air.

Perincian kayu yang bergaya untuk suasana yang nyaman

Alami suasana bilik mandi hotel yang tenang dengan kemasan kayu yang anggun. Laci yang luas ini menyimpan semua keperluan bilik mandi anda dengan teratur dan tersembunyi agar kelihatan tidak berselerak.

Lihat siri GODMORGON
Lihat siri GODMORGON

Banyaknya storan

Gabungkan seberapa banyak kabinet tinggi GODMORGON yang anda ingini supaya anda dapat memiliki ruang storan yang banyak untuk tuala, syampu dan aksesori mandi anda. Pintu tutup lembutnya membolehkan anda memulakan hari dengan tenang.

Lihat semua kabinet tinggi bilik mandi
Lihat semua kabinet tinggi bilik mandi

Pastikannya sentiasa kemas dengan penyusun atur bilik mandi lut sinar

Apabila segala-galanya berada di tempatnya dan mudah ditemui, anda dapat memulakan hari anda dengan senyuman. Kotak GODMORGON betul-betul muat di dalam laci, membantu anda mengatur item-item anda yang kecil dengan mudah.

Lihat semua kotak & bakul bilik mandi
Lihat semua kotak & bakul bilik mandi

Malah tong sampah kelihatan indah

Tong sampah ini kelihatan cukup indah untuk dipamerkan. Ia boleh digantungkan pada dinding, jadi anda tidak perlu membongkok apabila menggunakannya. Menggantungkannya sebegini juga memudahkannya untuk membersihkan lantai.

Lihat semua tong sampah bilik mandi
Lihat semua tong sampah bilik mandi

Jimatkan sedikit dengan setiap pancuran

Pancuran BROGRUND mengurangkan penggunaan air dan tenaga, jadi baik untuk planet dan juga kewangan anda. Petua gaya: Untuk penampilan terselaras, gunakan item daripada siri BROGRUND di seluruh bilik mandi anda.

Lihat semua set & rel pancuran
Lihat semua set & rel pancuran

Sentuhan yang lembut dan lestari

Wujudkan suasana mewah di dalam bilik mandi anda dengan tuala yang dibuat daripada kapas daripada sumber yang lestari. Perkara yang hebat tentang tuala mandi SALVIKEN ialah terdapat tekstur seperti wafel di satu sisi dan kain tuala licin di sisi yang lain.

Lihat semua tuala
Lihat semua tuala