Langkau ke kandungan utama

Alami kesan bantal ergonomik

Berasa selesa semasa anda tidur adalah penting untuk memanfaatkan sepenuhnya waktu berjaga anda. Kami mempercayai kuasa tidur. Apabila kepada dan leher anda disokong dengan baik oleh bantal, anda tidur dengan lebih baik. Namun orang ramai tidur dengan gaya yang berbeza. Ada yang tidur telentang, yang lain pula tidur mengiring atau mengubah kedudukan banyak kali semasa tidur. Sebab itulah bantal ergonomik kami yang baharu datang dalam pelbagai bentuk dan saiz, jadi kita semua boleh tidur macam bayi dan bangun dengan rasa segar.

Kedudukan yang berbeza - kesan yang sama

Adakah anda tidur telentang, tidur mengiring atau antaranya? Apa jua kedudukan tidur kebiasaan anda, terdapat bantal ergonomik yang menyokong tubuh anda dan memberikan tidur berkualiti.

Untuk mereka yang tidur telentang

Kecondongan bantal ergonomik MJÖLKKLOCKA memberikan sokongan yang baik untuk leher dan bahu anda, sementara isian cabik di dalam RUMSMALVA mendukung kepala anda. Membolehkan anda bersantai.

Untuk mereka yang tidur mengiring

Tidak terlalu keras, tidak terlalu lembut bermakna kepala dan leher anda terasa dipeluk dengan mesra oleh bantal ROSENSKÄRM. Jangan terpedaya dengan rupa biasa PRAKTVÄDD, ia mempunyai bahagian dalam yang memberi anda kenikmatan tidur mengiring.

Sedikit daripada segala-galanya

Pernahkah anda tertanya-tanya macam mana rasanya tidur di atas awan yang gebu? Cuba bantal SKOGSLÖK dengan bentuk yang membuat anda selesa tidak kira kedudukannya. Atau KLUBBSPORRE yang mempunyai kelembutan yang selesa untuk mengurangkan ketegangan dan menyantaikan kepala, leher dan bahu anda sepanjang malam - walaupun anda berkalih-kalih.

Direka bentuk untuk membuat anda tidur mati

Untuk menemui bantal yang memberi anda tidur malam yang sempurna, mula dengan kedudukan tidur utama anda dan kemudian cari manfaat dan ciri khusus untuk keperluan individu anda. Contohnya, ROSENSKÄRM dengan bentuk ergonomik tipikalnya, dibangunkan untuk menggalakkan penjajaran yang betul dan tidur yang lebih baik. Ia menyokong leher dan bahu anda supaya anda dapat berehat sepenuhnya, dan mengikut kontur bentuk semula jadi tubuh anda dalam kedudukan tidur mengiring atau tidur telentang. Tidak kira rupa anda dan gaya tidur anda, terdapat bantal ergonomik untuk anda.

Satu bantal, dua kedudukan tidur

Memandangkan kebanyakan orang akan berkalih-kalih sedikit semasa tidur, kesemua enam bantal ergonomik kami diisi dengan keselesaan untuk menyokong sekurang-kurangnya dua gaya tidur. MJÖLKKLOCKA yang berbentuk unik mempunyai sisi lebih besar yang mewujudkan poket untuk bahu anda, hebat untuk mereka yang tidur mengiring. Terbalikkannya kepada sisi lebih kecil menghadap ke atas dan kecondongannya mengurangkan ketegangan otot leher anda sepenuhnya apabila tidur menelentang.

Sisi bantal yang dingin

Bukanlah rahsia lagi bahawa suhu mempengaruhi kualiti tidur kita. Berasa terlalu panas pada waktu malam berkemungkinan besar akan mengganggu anda, bahkan membuat anda terjaga.

Bantal ergonomik KLUBBSPORRE yang baharu mempunyai bahan pendinginan yang mengekalkan suhu tubuh anda, memberi anda permukaan yang nyaman untuk tidur dan kekal tidur dengan nyenyak. Pilih sisi yang betul-betul sesuai dengan anda, satu sisi lebih dingin daripada sisi lain.

Untuk keselesaan tidur yang maksimum, bantal ergonomik kami dibuat daripada busa tak peka suhu. Ini bermakna bantal anda akan mengekalkan kelembutannya yang selesa tidak kira jika bilik anda panas atau sejuk.