VIMLE Sofa 3 tempat duduk + chaise longue
Bagaimana untuk mendapatkannya
- Lembut
- Sarung boleh dibasuh
Siri sofa VIMLE mempunyai seksyen yang boleh digabungkan sesuka hati anda kepada penyelesaian tersuai untuk anda dan rumah anda - dan semakin kehidupan anda berubah, sofa boleh anda lengkapkan dan biarkan ia berubah seiring dengan anda.
Butiran produk
Sofa yang lembut ini akan mempunyai hayat yang panjang kerana kusyen tempat duduk diisi dengan busa berkeanjalan tinggi yang menghasilkan sokongan yang bagus untuk tubuh anda dan kembali kepada bentuknya yang asal secara pantas apabila anda bangun.
Seksyen sofa boleh digabungkan dalam cara yang berbeza-beza untuk mendapatkan saiz dan bentuk yang sesuai mengikut anda dan rumah anda.
Anda boleh menghasilkan kombinasi paling sesuai anda sendiri dengan alatan perancangan. Pasang, rungkas dan pasang semula sehingga ia benar-benar betul.
Chaise longue ini ada storan di bawah tempat duduk. Penutupnya berhenti secara automatik dalam kedudukan terbuka jadi anda boleh mengeluarkan atau memasukkan kembali barangan yang anda simpan.
Anda boleh tempatkan seksyen chaise longue pada sebelah kiri atau kanan sofa, dan tukar bila-bila yang anda suka.
Penyandar meninggikan belakang sofa agar anda boleh duduk dengan lebih selesa dengan sokongan yang baik untuk leher anda.
Sarung ini diperbuat daripada fabrik Gunnared pencelup dop daripada poliester. Ia fabrik tahan lama dengan rasa seakan-akan wul, penampilan yang menenangkan dan kesan melange dua rona.
Kebersihan sarung mudah dijaga kerana ia boleh ditanggalkan dan boleh dibasuh dengan mesin.
Pengukuran
- Tnggi termasuk penyandar kepala: 103 cm
- Ketinggian termasuk kusyen belakang: 83 cm
- Ketinggian penyandar belakang: 68 cm
- Kedalaman chaise longue: 164 cm
- Lebar: 252 cm
- Dalam: 98 cm
- Dalam tpt duduk, 'chaise lounge': 125 cm
- Ketinggian bebas di bawah perabot: 6 cm
- Lebar tempat letak tangan: 15 cm
- Ketinggian tempat letak tangan: 68 cm
- Lebar tempat duduk: 222 cm
- Dalam tempat duduk: 55 cm
- Tinggi tempat duduk: 48 cm
Ulasan pelanggan
Aksesori untuk VIMLE
Reka bentuk sofa VIMLE anda sendiri
Ingin menyesuaikan rupa dan fungsi untuk VIMLE yang sesuai dengan ruang, keperluan dan cita rasa anda?
