VIMLE Katil sofa 3 tempat duduk
Bagaimana untuk mendapatkannya
10 tahun jaminan
- Lembut
- Sarung boleh dibasuh
Siri sofa VIMLE mempunyai seksyen yang boleh digabungkan sesuka hati anda kepada penyelesaian tersuai untuk anda dan rumah anda. Yang ini ada katil sofa yang sangat mudah diubah kepada tilam tebal yang selesa.
Butiran produk
Sofa yang lembut ini akan mempunyai hayat yang panjang kerana kusyen tempat duduk diisi dengan busa berkeanjalan tinggi yang menghasilkan sokongan yang bagus untuk tubuh anda dan kembali kepada bentuknya yang asal secara pantas apabila anda bangun.
Seksyen sofa boleh digabungkan dalam cara yang berbeza-beza untuk mendapatkan saiz dan bentuk yang sesuai mengikut anda dan rumah anda.
Anda boleh menghasilkan kombinasi paling sesuai anda sendiri dengan alatan perancangan. Pasang, rungkas dan pasang semula sehingga ia benar-benar betul.
Chaise longue ini ada storan di bawah tempat duduk. Penutupnya berhenti secara automatik dalam kedudukan terbuka jadi anda boleh mengeluarkan atau memasukkan kembali barangan yang anda simpan.
Anda boleh tempatkan seksyen chaise longue pada sebelah kiri atau kanan sofa, dan tukar bila-bila yang anda suka.
Tempat letak tangan yang lebar mempunyai ruang untuk segala-galanya daripada telefon mudah alih anda hingga kepada semangkuk kudapan sambil menonton filem – dan ia juga selesa untuk meletakkan kepala anda apabila anda berbaring di sofa untuk berehat.
Anda boleh lengkapkan dengan penyandar kepala VIMLE untuk meninggikan penyandar belakang sofa, agar anda boleh duduk dengan lebih selesa dengan sokongan yang betul untuk leher anda.
Sarung ini diperbuat daripada fabrik Gunnared pencelup dop daripada poliester. Ia fabrik tahan lama dengan rasa seakan-akan wul, penampilan yang menenangkan dan kesan melange dua rona.
Kebersihan sarung mudah dijaga kerana ia boleh ditanggalkan dan boleh dibasuh dengan mesin.
Jaminan 10 tahun. Terma boleh dibaca di dalam brosur jaminan.
Pengukuran
- Tinggi katil: 53 cm
- Ketinggian termasuk kusyen belakang: 83 cm
- Ketinggian penyandar belakang: 68 cm
- Lebar: 285 cm
- Dalam: 98 cm
- Dalam keseluruhan terlipat keluar: 241 cm
- Dalam tpt duduk, 'chaise lounge': 125 cm
- Lebar tempat duduk: 241 cm
- Dalam tempat duduk: 55 cm
- Tinggi tempat duduk: 48 cm
- Lebar katil: 140 cm
- Panjang katil: 200 cm
- Ketebalan tilam: 12 cm
- Ketinggian tempat letak tangan: 54 cm
Ulasan pelanggan
Aksesori untuk VIMLE
Reka bentuk sofa VIMLE anda sendiri
Ingin menyesuaikan rupa dan fungsi untuk VIMLE yang sesuai dengan ruang, keperluan dan cita rasa anda?
