Langkau ke kandungan utama

VILDPERSILJA Langsir, 1 pasang, putih pelbagai warna/corak bunga-bungaan dengan pita tendas, 145x250 cm

Harga RM 195

Lengkap dengan

Bagaimana untuk mendapatkannya

Sentiasa ada sesuatu yang baru untuk ditemui di taman ajaib dengan corak bunga cerah pada latar putih ini. Langsir VILDPERSILJA daripada campuran kapas/ramie menapis cahaya. Panjang 250 cm sesuai untuk digantung di atas tingkap.

Nombor artikel705.834.00

Butiran produk

Fabrik meredupkan cahaya siang yang memembusi bilik dan mengurangkan silau. Ia memberikan rasa privasi yang selesa kerana orang luar tidak dapat melihat ke dalam. Namun pada waktu malam, bayang-bayang mungkin kelihatan dari luar apabila bilik diterangi.

Panjang 250 cm sesuai jika anda ingin menggantung langsir di atas tingkap untuk penampilan kasual.

Adunan kapas/rami menghasilkan ciri dan tekstur yang tersendiri. Fabriknya tahan lama, mengekalkan bentuknya dan tahan kedut.

Langsir dengan pita tendas membolehkan anda menggantung langsir terus pada rod tirai menggunakan poket rod atau penyangkut. Anda juga boleh menggantung langsir pada selusur trek menggunakan peluncur dan cangkuk.

Sistem rel landasan VIDGA menahan langsir dengan pita tendas menggunakan peluncur dan cangkuk. Menggabungkannya dengan cangkuk RIKTIG boleh menghasilkan peragaan langsir yang elegan. Kerana fleksibilitinya, VIDGA boleh dipasang pada dinding atau siling.

Menggunakan peluncur dan cangkuk biasanya menghasilkan rasa yang lebih formal dan berhias, apabila perkakasan tidak kelihatan.

Pita tendas memudahkan anda menghasilkan lisu menggunakan cangkuk langsir RIKTIG.

Pereka

Emma Prowse

Nombor artikel705.834.00

Maklumat berguna

Langsir, termasuk 1 pasang

Untuk menentukan jumlah lebar langsir yang diperlukan, darabkan panjang rod/trek dengan 1.5 untuk penampilan yang ringan dan lapang, 2 untuk penampilan standard dan 2.5 untuk penampilan yang lebih lengkap dan menarik.

Untuk menentukan bilangan langsir yang diperlukan, bahagikan panjang rod/trek dengan lebar satu langsir. Sentiasa bundarkan.

Ukuran adalah untuk setiap panjang langsir.

Memandangkan fabrik akan mengecut apabila dibasuh, ia idea yang baik untuk mencuci langsir sebelum dipotong/dikelim.

Anda boleh menggunakan jalur sembat berpelekat yang boleh diseterika untuk memendekkan langsir tanpa dijahit.

16 peluncur dan cangkuk biasanya disyorkan untuk setiap langsir dengan lebar 145 cm. Anda boleh menambah atau mengurangkan bilangannya bergantung pada sama ada anda mahukan lipatan lisu yang lebih kecil ataupun lebih penuh.

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

70% kapas, 30% rami

Penjagaan

Pengecutan maksimum 4%.

Dibasuh mesin, maksimum 40°C, proses normal.

Jangan gunakan bahan peluntur.

Jangan guna mesin pengering.

Seterika, maksimum 150°C.

Jangan lakukan cucian kering.

Pemasangan dan dokumen

Pengukuran

  • Kawasan: 3.63 m²
  • Panjang: 250 cm
  • Berat: 1.87 kg
  • Lebar: 145 cm

Bungkusan

VILDPERSILJA

Nombor artikel705.834.00
  • Lebar: 19 cm
  • Tinggi: 9 cm
  • Panjang: 28 cm
  • Berat: 1.81 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

4.8Ulasan: 4.8 daripada 5 bintang. Jumlah ulasan: 19Purata pengadaran
19Ulasan
4.8Ulasan: 4.8 daripada 5 bintang. Jumlah ulasan: 19Purata pengadaran
19Ulasan

Aksesori untuk VILDPERSILJA

Produk Berkaitan

Disyorkan untuk anda

VILDPERSILJA Langsir, 1 pasang, putih pelbagai warna/corak bunga-bungaan dengan pita tendas, 145x250 cm

Corak lukisan tangan menampilkan taman

Epal, daun ara, pokok ivy yang menjalar, bunga mawar, marigold dan hollyhock. Corak pada langsir dan bantal VILDPERSILJA membawa keindahan musim panas dan keindahan berwarna-warni ke dalam rumah anda. Inspirasi ini cetusan aktiviti bersiar-siar harian pereka bentuk.

Pereka bentuk Emma Prowse menyukai jalan-jalan yang berliku-liku di kampung halamannya, pekan zaman pertengahan Visby di Sweden, dan di situlah idea untuk corak VILDPERSILJA dilahirkan. "Saya biasanya mengintai ke dalam taman-taman yang hijau merimbun yang tersembunyi di sebalik pagar papan yang tinggi. Di sana, saya dapat melihat sekilas pokok epal, walnut dan ara yang subur, tetapi juga bunga mawar dan banyak lagi bunga menakjubkan dalam pelbagai warna.” Dicat dengan warna gouache Emma mula melakar apa yang telah dilihatnya semasa berjalan-jalan. "Lakaran saya selalu agak tidak kemas dan tiada apa yang saya ingin tunjukkan, tetapi di sini ia penting untuk menguji tumbuhan yang berbeza-beza, menyiasat bagaimana daun dan bunga boleh bergabung dan bagaimana corak itu boleh diulang-ulang." Dalam langkah seterusnya, Emma menghasilkan corak dengan warna gouache dalam palet musim panas. "Dengan gouache, iaitu cat air legap, saya dapat memberi tumpuan kepada warna dan bentuk serta mewujudkan kedalaman pada corak. Saya mahu menghayati perasaan yang saya lalui ketika saya berjalan-jalan di sekitar taman."

Corak tak lapuk dek zaman dengan variasi

Corak itu dicetak pada fabrik yang dijadikan kusyen dan langsir. Kusyen dijahit mengikut meter, jadi setiap kusyen mendapat kepingan coraknya yang tersendiri. Anda boleh memilih kegemaran peribadi anda atau menggabungkan beberapa kusyen berbeza-beza untuk mendapatkan variasi corak kecil pada sofa anda. "Saya mahu menghasilkan corak yang anda tidak akan jemu dipandang selepas beberapa tahun," kata Emma. "Ia tekstil tak lapuk dek zaman yang sesuai sama ada dalam ruang dalaman yang neutral mahupun dalam persekitaran yang lebih berwarna-warni." Ada kalanya tidak mengapa untuk mengintip pagar seperti yang dilakukan Emma, ​​kerana dengan VILDPERSILJA, anda boleh merasai taman jenis lama di rumah anda – meskipun anda tinggal di tengah-tengah bandar besar yang sibuk.

Baca lebih lanjut

Fungsi penyelesaian

Fabrik meredupkan cahaya siang

Fabrik meredupkan cahaya siang yang menembus masuk ke bilik apabila terang di luar, dan mengurangkan silau. Ia memberikan rasa privasi yang selesa kerana orang tidak dapat melihat ke dalam pada siang hari. Apabila bilik diterangi cahaya pada waktu malam, bentuk dan bebayang dari luar boleh dilihat.

Pandangan pereka

Pandangan pereka

“Corak untuk langsir dan sarung kusyen VILDPERSILJA ialah yang telah bermain-main di fikiran saya sejak sekian lama. Ia berinspirasikan rumah-rumah lama yang berbaris di jalan-jalan Visby, Gotland tempat saya tinggal, dengan taman berdinding yang menawan penuh dengan bunga mawar, pokok buah-buahan, hollyhock, ivy, daisy, marigold, ara dan pokok walnut. Sama ada anda ingin mensejahterakan kehidupan dan percikan warna pada ruang berona neutral ataupun menjadikan pangsapuri bandar anda lebih selesa – corak serba boleh ini menghubungkan anda dengan alam semula jadi."

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini

Lagi daripada