Meja VIHALS menawarkan nilai yang baik dan reka bentuk ringkas yang mudah dipadukan ke dalam mana-mana rumah. Sesuai benar untuk yang inginkan minimalis dan untuk keluarga yang menuntut kekuatan dan ketahanan setiap hari.
Butiran produk
Reka bentuk yang kemas dan minimalis dengan ciri moden yang mudah disepadukan ke dalam pelbagai latar dalaman.
Permukaan meja foil melamin berfungsi dan mudah dibersihkan dengan kain lembap.
Rangka bawah keluli bersalut serbuk berkekuatan tinggi menyediakan asas yang stabil dengan ketahanan yang lebih baik pada karat dan kakisan, memastikan ketahanan jangka panjang.
Dengan menggunakan bahagian keluli berkekuatan tinggi dalam produk ini, kami memaksimumkan kecekapan sumber, kurang menggunakan bahan berbanding keluli biasa d samping memberikan ketahanan dan kekuatan yang unggul.
Pengukuran
- Panjang: 125 cm
- Lebar: 74 cm
- Tinggi: 75 cm