Langkau ke kandungan utama
Lagi daripada Siri VARDAGEN

VARDAGEN Pengupas

Harga RM 13

Bagaimana untuk mendapatkannya

VARDAGEN
603.243.65
Ciri-ciri produk
  • Selamat pencuci pinggan mangkuk
Maklumat lanjut
VARDAGEN Pengupas

Ulasan pelanggan

4.7Ulasan: 4.7 daripada 5 bintang. Jumlah ulasan: 24Purata pengadaran
24Ulasan
4.7Ulasan: 4.7 daripada 5 bintang. Jumlah ulasan: 24Purata pengadaran
24Ulasan

Produk berkaitan

Disyorkan untuk anda

VARDAGEN Pengupas

Mereka Bentuk Mengikut Cita Rasa Masyarakat Seluruh Dunia

Adakah anda kadangkala memasak hidangan daripada budaya lain? JJadi anda sebahagian daripada trend antarabangsa yang dipanggil transkulturalisme. Ia pada asasnya bermaksud tabiat memasak dan makan di seluruh dunia kini lebih serupa daripada yang anda sangka. Bagaimana kami memenuhi trend ini? Kami mereka bentuk siri VARDAGEN dengan produk yang boleh digunakan dalam pelbagai cara. Dalam bahasa Sweden, VARDAGEN bermaksud “setiap hari”, tepat seperti cara produk ini dihasilkan untuk digunakan, tidak kira tempat tinggal anda.

“Pengguna kini mempunyai akses terhadap kepelbagaian budaya dalam masakan dan cara makan dari seluruh dunia,” jelas Ina Tidbeck Sjöblom, yang membantu menghasilkan produk ini. “Mereka ingin menikmati yang terbaik daripada setiap budaya. yang bermakna bukan hanya di Asia kita memerlukan produk untuk menikmati sushi.”

Menghasilkan produk untuk meraikan perbezaan (dan persamaan) kita

Produk VARDAGEN direka bentuk untuk mengubah perbezaan kepada persamaan. Contohnya mangkuk telur. “Kami mereka bentuknya supaya lebih menyerupai mangkuk sos kecil,” jelas Ina. “Jadi ia juga sesuai untuk budaya makan Asia, seperti mangkuk kecil untuk meletakkan pes cili dan pelbagai bahan sampingan.” Satu lagi mangkuk direka bentuk dengan saiz dan bentuk yang sesuai sebagai mangkuk nasi di Asia, tetapi ia juga boleh digunakan untuk salad sampingan atau mangkuk bijirin.

Memenuhi permintaan global terhadap ketahanan

VARDAGEN sangat sesuai untuk pasaran global — memenuhi pelbagai keperluan penjamu selera yang berbeza-beza. Satu lagi perkara yang nampaknya dipersetujui ramai orang ialah kepentingan ketahanan produk. “Kami tahu daripada kajian dan penyelidikan yang kami lakukan bahawa orang ramai tidak mahu membeli dan membuang barang sesuka hati. Mereka mahu membeli sesuatu yang tahan lama,” kata Ina. Sebab itu VARDAGEN diperbuat daripada bahan tahan lasak seperti kaca, porselin dan keluli tahan karat. Ini bermakna, seperti namanya VARDAGEN, produk ini akan terus berguna setiap hari untuk jangka masa yang panjang.

Bahan

Apakah keluli tahan karat?

Keluli tahan karat terdapat dalam segala-galanya, daripada struktur bangunan dan kereta hingga sink dan pisau. Mudah untuk melihat mengapa ia mempunyai begitu banyak kegunaan. Keluli tahan karat keras dan tahan lama serta mempunyai rintangan yang baik terhadap kakisan – iaitu karat. Ia biasanya mempunyai kandungan nikel yang rendah, dan untuk produk IKEA, sebahagian besarnya kami menggunakan keluli tahan karat yang bebas nikel. Seperti kebanyakan logam lain, ia boleh dikitar semula berulang-ulang kali untuk menjadi benda baharu yang tahan lasak – tanpa kehilangan sifatnya yang berharga.

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini

Lagi daripada Perkakas dapur VARDAGEN

Aksesori untuk VARDAGEN