VÅGSTRANDA Tilam spring poket, Lebih padat/biru muda, 180x200 cm
Bagaimana untuk mendapatkannya
Inovasi kami demi keselesaan tidur – Spring poket teras S diagih-agihkan dalam bentuk beralun. Tilam mempunyai dua lapisan spring poket untuk keselesaan berganda dan memberikan sokongan bagi membantu anda rasa segar bila bangun tidur.
Jaminan 10 tahun
- Ketebalan: 28 cm
- Spring poket
- Pek gulung
- 7 zon selesa
7 zon selesa menyokong bukan sahaja pinggul dan bahu tetapi seluruh badan dengan reka bentuk spring yang unik demi penjajaran dan keselesaan tulang belakang semula jadi.
Teras S dengan spring poket mengikut kelengkungan tulang belakang dengan lancar, membantu mengurangkan kesakitan. Lapisan tambahan spring poket lebih responsif terhadap pergerakan dan melegakan titik tekanan.
Spring poket tepi ke tepi membolehkan udara beredar menjadikan pernafasan lebih baik dan keselesaan tidak hilang jika 2 tilam diletakkan bersebelahan antara satu sama lain.
Lapisan busa yang lebih tebal di atas memberikan anda keempukan yang menyelesakan.

Ulasan pelanggan
Aksesori untuk VÅGSTRANDA
Produk berkaitan
Terokai lebih banyak pilihan
Disyorkan untuk anda
Fungsi penyelesaian
Tilam ini berfungsi semasa anda tidur
Zon keselesaan pada tilam kami ialah zon yang menyokong tubuh anda dalam pelbagai cara bagi memastikan tulang belakang kekal sejajar dan memberikan posisi tidur yang baik. Spring yang lebih lembut sedikit di bahagian pinggul dan bahu, supaya ia boleh terbenam lembut di dalam tilam. Dan spring yang lebih padat sedikit di bahagian yang sebaliknya memerlukan sokongan—seperti pada bahagian kaki dan buku lali. Kesan keseluruhannya ialah tubuh anda tidak perlu bekerja untuk mencari posisi yang selesa. Hanya berehat dan tidur dengan lena.
Proses rekabentuk
Satu perkara yang anda boleh harapkan – tilam kami
Kami telah bergolek di atas tilam kami, menumpahkan kopi di atasnya dan menggunakannya seperti yang dilakukan oleh ramai orang di rumah. Bukan kami secara harfiah, tetapi mesin makmal ujian kami. Sebab itulah kami tahu bahawa anda boleh melakukan yoga, bekerja atau bermain dengan anak-anak anda di atas katil tanpa perlu bimbang tentang tilam. Tidur anda ialah keutamaan kami, bersama dengan kesihatan dan alam sekitar – jadi kami memastikan untuk menghapuskan semua bahan kimia yang berbahaya. Banyak perkara yang boleh terasa tidak pasti, tetapi anda boleh mengharapkan satu perkara – tilam kami.

















