Siapa kata pengecas tanpa wayar membosankan? Pengecas tanpa wayar VÄSTMÄRKE kami didatangkan dalam warna merah yang ceria dan bentuk seumpama donat dengan sentuhan silikon yang lembut! Hanya cas peranti anda dan mulakan pengembaraan!
Jenis bahan
- Bahagian atas/ Bahagian bawah:
- Plastik polikarbonat
- Sokongan:
- Plastik epoksi bertetulang
Penjagaan
Untuk membersihkan produk, cabut palam daripada sumber kuasa dan lap dengan kain kering.
Nasihat dan arahan penjagaan
VÄSTMÄRKE Pengecas tanpa wayar006.184.22

Pengecas tanpa wayar VÄSTMÄRKE ini mempunyai bentuk donat yang menyeronokkan dan didatangkan dalam warna merah yang ceria.
Anda boleh melipat bahagian atas pengecas tanpa wayar dan menggulung kabel di dalamnya – dengan cara ini anda dapat mengelakkan kekusutan serta mudah membawa pengecas bersama anda semasa melancong.
Sangat sesuai jika anda menggunakan fon kepala berwayar, kerana anda boleh mendengar muzik atau podcast kegemaran pada telefon anda semasa ia sedang dicas.
Diperbuat daripada silikon, yang memberikan rasa lembut dan genggaman erat.
Lukas Bazle
Pengecas tanpa wayar VÄSTMÄRKE direka bentuk untuk mengecas atau menguasakan peranti yang diperakui Qi.
Pengecas tanpa wayar ini serasi dengan Penghantaran Kuasa (PD 3.0) dan Pengecasan Pantas (QC 2.0).
Pengecas tanpa wayar ini diperakui mengikut spesifikasi Qi 2.0 BPP (Profil Kuasa Garis Dasar) dan MPP (Profil Kuasa Magnetik).
Pengecas tanpa wayar memindahkan tenaga ke peranti melalui medan elektromagnet, tanpa keperluan untuk sambungan elektrik langsung.
Menggunakan penjajaran magnetik untuk penempatan yang tepat. Untuk prestasi pengecasan terbaik, tanggalkan sarung telefon atau gunakan sarung magnetik yang serasi.
Serasi dengan Apple iPhone® 8 dan model yang lebih baharu serta Samsung Galaxy® S6 dan model yang lebih baharu apabila digunakan dengan sarung telefon magnetik.
Berfungsi dengan kebanyakan telefon mudah alih apabila digunakan dengan sarung magnetik yang serasi.
Masa pengecasan berbeza-beza bergantung pada bateri anda.
Suhu kendalian pengecas: 0°C hingga 40°C (32°F hingga 104°F).
Ciri-ciri keselamatan terbina dalam melindungi pengecas tanpa wayar daripada litar pintas, terlampau panas dan terlebih beban.
Untuk membersihkan pengecas, tanggalkan palam daripada sumber kuasa dan lap dengan kain kering. Tanggalkan palam pengecas tanpa wayar daripada sumber kuasa apabila ia tidak digunakan.
Pengendalian sisa yang khusus mungkin diperlukan. Sila hubungi pihak berkuasa tempatan anda untuk maklumat lanjut.
Lengkapkan dengan pengecas USB-C. IKEA mengesyorkan pengecas USB-C SJÖSS, pengecasan pantas.
Disertakan dengan kabel sambungan, panjang 129 cm.
Jenis bahan
- Bahagian atas/ Bahagian bawah:
- Plastik polikarbonat
- Sokongan:
- Plastik epoksi bertetulang
Penjagaan
Untuk membersihkan produk, cabut palam daripada sumber kuasa dan lap dengan kain kering.
- Jangan letakkan bahan asing, sebagai contoh objek logam, di antara peranti mudah alih dan pengecas tanpa wayar. Peranti mudah alih mungkin tidak dicas dengan betul atau boleh rosak akibat pemanasan lampau.Peranti mungkin menjadi panas semasa mengecas dan lama kelamaan akan menyejuk semula selepas ia dicas sepenuhnya.
Nasihat dan arahan penjagaan
VÄSTMÄRKE Pengecas tanpa wayar006.184.22

- 006.184.22
1 × VÄSTMÄRKE
Pengecas tanpa wayar- Lebar: 6 cm
- Tinggi: 3 cm
- Panjang: 7 cm
- Berat: 0.09 kg











