"Selepas beberapa percubaan dan kesilapan, kami berjaya menemui penyelesaiannya. Teras papan partikel dan lapisan kayu padu di bahagian luar – atau venir kayu tebal,” kata Johnny. "Ia merupakan gandingan kemahiran tradisional dan kaedah pembuatan moden. Venir nipis kertas telah digunakan dalam pembuatan perabot hiasan yang halus selama berabad-abad, tetapi untuk permukaan kerja kami, kami menggunakan lapisan kayu yang lebih tebal.” Venir yang tebal menjadikan permukaan tahan lasak, dan ia menjimatkan banyak bahan mentah. Daripada jumlah kayu yang sama yang diperlukan untuk membuat satu permukaan kerja yang padu, adalah mungkin untuk menghasilkan lima permukaan kerja venir tebal.
10 tahun jaminan
Pulau dapur bebas; mudah diletakkan di tempat yang anda ingini di dapur.
Butiran produk
Memberikan anda lebih ruang kerja, simpanan dan utiliti.
Permukaan kerja dengan venir tebal kayu oak, bahan semula jadi yang tahan lasak yang permukaannya boleh diempelas dan dirawat jika perlu.
Binaan berlapis menambahkan kestabilan dan menjadikan permukaan kerja kurang sensitif terhadap kelembapan, justeru, kurang berkemungkinan bengkok, terbelah atau merekah berbanding kayu padu.
Jaminan 10 tahun. Baca tentang syarat di dalam brosur jaminan.
Ebba Strandmark
Maklumat berguna
Bangku bar dengan ketinggian tempat duduk 63 sm adalah sesuai dengan meja kerja dapur ini.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Atas meja kerja:
- Papan partikel, Gumpalan kertas struktur indung madu (minimum kitar semula 70%), Kayu oak padu, Akrilik minyak
- Tepi:
- Kayu oak padu, Akrilik minyak
- Kaki/ Bahagian bawah rangka:
- Kayu bic padu, Papan partikel, Kayu bic padu, Cat akrilik
- Penyekat kekal:
- Papan partikel, Laminat melamina bertekanan tinggi, Tepi plastik
- Para:
- Papan partikel, Kayu bic padu, Cat akrilik
Penjagaan
Lap sehingga bersih menggunakan kain kering.
Lap bersih dengan kain lembut yang dilembapkan dengan larutan air dan sabun cuci atau sabun yang lembut dan tidak kasar jika perlu.
Kesan kotor yang sedikit boleh dihilangkan menggunakan span yang dilembapkan di dalam air atau larutan sabun lembut atau kertas pasir halus.
Untuk kestabilan meningkat, pastikan skru diketatkan semula setiap 3 bulan.
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
VADHOLMA Pulau dapur803.591.89Pengukuran
- Lebar: 126 cm
- Dalam: 79 cm
- Tinggi: 90 cm
Bungkusan
Produk ini mengandungi pakej 2
VADHOLMA
Nombor artikel803.591.89- Lebar: 80 cm
- Tinggi: 17 cm
- Panjang: 123 cm
- Berat: 32.20 kg
- Bungkusan: 1
- Lebar: 82 cm
- Tinggi: 7 cm
- Panjang: 133 cm
- Berat: 24.41 kg
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Aksesori untuk VADHOLMA
Produk Berkaitan
Disyorkan untuk anda
KelestarianManusia dan planet
Kehidupan mampan di rumah
Permukaan kerja yang lebih baik dengan lebih sedikit pokok
Di IKEA, kami mempunyai tradisi untuk cuba menggunakan bahan melalui cara yang terbaik. Bagi permukaan kerja kami yang diperbuat daripada venir tebal, ini bermakna kami menggabungkan ketukangan lama dengan kaedah pembuatan moden. Ia menjadikan permukaan kerja lebih mudah dipasang, lebih stabil dan lebih tahan terhadap kelembapan berbanding permukaan kerja yang padu. Dan memandangkan kita menggunakan seluruh pokok – walaupun dahan yang bengkok dan ranting kecil – justeru sumber semula jadi dapat juga kita jimatkan.

Permukaan kerja yang lebih baik dengan menggunakan kayu secara bijak
Kayu merupakan sumber semula jadi yang berharga. Walaupun ia merupakan bahan yang boleh diperbaharui, ia perlu dikendalikan secara bertanggungjawab. Salah satu cara untuk melakukannya adalah dengan menggunakan kayu dengan lebih cekap. Itulah yang kami lakukan dengan permukaan kerja dapur kami yang diperbuat daripada venir tebal.
“Di IKEA, kami mempunyai tradisi untuk cuba menggunakan bahan-bahan yang kami ada melalui cara yang terbaik,” kata Johnny Rietz, yang terlibat dalam membangunkan permukaan kerja dapur yang diperbuat daripada venir tebal. Kerja ini bermula pada tahun 2008 apabila pengasas IKEA, Ingvar Kamprad, melawat salah satu pembekal kami dan menanyakan soalan mudah yang mengambil sedikit masa untuk dijawab: ‘Bagaimanakah kami boleh menghasilkan produk ini dengan menggunakan lebih sedikit pokok?’
Sedikit itu lebih mengesankan!
Tiada kayu yang terbazir
Satu lagi kelebihan teknik pengeluaran ini ialah anda boleh menggunakan keseluruhan pokok; batang sebagai permukaan, dan cebisan sisa – dahan melengkung dan bengkok serta ranting kecil – untuk papan partikel di bahagian dalam. Hasil akhirnya ialah permukaan kerja yang sama aslinya dengan kayu padu, cuma lebih stabil dan lebih tahan terhadap kelembapan. "Kadangkala soalan kecil yang tidak berbahaya boleh membuat perbezaan yang besar. Itulah sebenarnya yang berlaku dengan permukaan kerja dapur kami. Ia bermula sebagai cabaran untuk menggunakan sumber dengan lebih bijak, dan terbukti mempunyai kesan positif bukan sahaja terhadap alam sekitar, tetapi juga kualiti. Saya rasa ia menakjubkan apabila itu berlaku!” kata Johnny.
Bahan
Apakah papan binaan?
Kami menggunakan papan binaan semasa mengeluarkan banyak perabot kami, seperti meja dan almari pakaian. Ia ringan namun masih stabil dan kuat. Setiap papan mempunyai rangka yang diperbuat daripada papan serpai, papan gentian atau kayu padu, manakala bahagian dalamnya ialah struktur isi indung madu yang kebanyakannya diperbuat daripada kertas kitar semula, yang lebih tahan lama kerana adanya binaan khas. Papan itu kemudian dlitupi dengan cat pelindung, kerajang atau venir bergantung pada gaya yang dikehendaki.








