UTVISNING Meja permainan digital + para-para, hitam, 120x60 cm
Bagaimana untuk mendapatkannya
Ketinggian kaki boleh dilaraskan secara manual kepada 6 ketinggian yang berbeza-beza dari 68 sehingga 78 cm, agar anda sentiasa boleh duduk pada ketinggian yang selesa.
Para-para memanjangkan ruang meja dengan cara yang berbeza-beza. Ia boleh berfungsi sebagai penyokong monitor untuk menampung hingga dua skrin rata 24" – atau sebagai tempat untuk memperagakan barangan kegemaran.
Anda boleh meluncurkan papan kekunci dan tetikus anda di bawah para-para apabila anda tidak bermain bagi mewujudkan ruang untuk aktiviti lain. Apabila anda bersedia untuk perlawanan baharu, papan kekunci dan tetikus anda ada berhampiran.
Anda juga boleh mempunyai pengatur meja kecil di bawah para-para agar konsol, kad permainan digital dan aksesori kecil sentiasa tersusun.
Anda boleh menggantung menara komputer anda menggunakan bebat bagi menjimatkan ruang di atas meja dan mengelakkan daripada terlalu panas.
















