Langkau ke kandungan utama
Lebih mampu milik

UTESPELARE / MATCHSPEL Meja permainan, unit kerusi + laci

Harga RM 1467
Harga sebelumnya: RM1,477

Bagaimana untuk mendapatkannya

Ia seharusnya selesa untuk bermain, terutamanya jika perlawanan berlanjutan. Itulah sebabnya permukaan atas meja dalam, jadi anda dapat meletakkan skrin pada jarak yang selesa dari mata anda.

Nombor artikel194.073.06

Butiran produk

Anda boleh tempatkan permukaan atas meja melalui dua cara yang berbeza-beza. Jika bentuk kontur menghadap ke hadapan, lengan bawah dan pergelangan tangan akan rasa lega dan jika di belakang akan mewujudkan luang untuk mengarahkan semua kabel ke bawah.

Jaring logam di bahagian belakang meja membolehkan udara mengalir masuk menyejukkan PC anda dan sangat kukuh sehingga anda juga boleh mengapit sepasang cabang monitor padanya.

Sangat mudah untuk menjaga meja agar rapi dan kemas dengan menggunakan jaring pengurusan kabel di bawah permukaan meja.

Ketinggian kaki boleh dilaraskan secara manual kepada 6 ketinggian yang berbeza-beza dari 68 sehingga 78 cm, agar anda sentiasa boleh duduk pada ketinggian yang selesa.

Reka bentuk penyandar yang tinggi memberikan sokongan yang kukuh dan selesa pada badan, leher dan kepala anda.

Anda boleh dengan mudah memusing dan melaraskan ketinggian penyandar untuk memberikan sokongan yang baik pada leher anda semasa bermain dan semasa anda ingin berehat antara perlawanan.

Penyandar sofa yang tinggi dan sokongan lumbar membantu badan anda berehat jadi anda boleh duduk dengan selesa, walaupun untuk jangka masa yang panjang.

Tempat letak tangan mengikuti pergerakan anda dan boleh laraskan mengikut ketinggian, yang mengurangkan ketegangan pada lengan dan bahu anda.

Roda kecil bersalut getah agar bergerak dengan lancar di atas pelbagai jenis lantai.

Bahan jaring pada penyandar membolehkan udara masuk, yang lebih memanfaatkan apabila perlawanan berlarutan.

Roda keselamatan ada mekanisme brek yang peka tekanan yang mengekalkan kerusi pada tempatnya apabila anda berdiri, dan melepaskan secara automatik apabila anda duduk.

Penahan laci menghalang laci daripada ditarik terlalu jauh.

Mudah dialih ke tempat yang diperlukan kerana adanya roda.

Slot untuk label pada setiap laci memudahkan anda menyimpan barang-barang agar tersusun dan mendapat apa yang dicari.

Nombor artikel194.073.06

Maklumat berguna

Boleh diasingkan untuk pengitaran semula atau pemulihan tenaga sekiranya tersedia ada dalam komuniti anda.

Bahan dan penjagaan

Penjagaan

Kesat sehingga bersih dengan kain lembap.

Untuk kualiti maksimum, ketatkan semula skru jika perlu.

Keselamatan dan pematuhan

Produk ini telah dibangunkan dan diuji untuk kegunaan domestik.Meja ini telah diuji untuk kegunaan bukan domestik dan mematuhi keperluan demi ketahanan dan kestabilan seperti yang dikemukakan di dalam standard berikut: EN 527-2 dan ANSI/BIFMA X5.5.Kerusi telah diuji untuk kegunaan pejabat dan memenuhi keperluan bagi ketahanan dan kestabilan yang dikemukakan dalam standard berikut: EN 1335 dan ANSI/BIFMA x5.1:

Pengukuran

  • Ketinggian maksima tempat duduk: 59 cm
  • Ketinggian min. tempat duduk: 47 cm
  • Lebar tempat duduk: 54 cm
  • Diuji untuk: 110 kg

Bungkusan

Produk ini mengandungi pakej 3

UTESPELARE

Nombor artikel405.003.50
  • Lebar: 67 cm
  • Tinggi: 9 cm
  • Panjang: 165 cm
  • Berat: 30.50 kg
  • Bungkusan: 1

MATCHSPEL

Nombor artikel504.969.46
  • Lebar: 60 cm
  • Tinggi: 23 cm
  • Panjang: 91 cm
  • Berat: 18.18 kg
  • Bungkusan: 1

HELMER

Nombor artikel003.419.71
  • Lebar: 43 cm
  • Tinggi: 7 cm
  • Panjang: 76 cm
  • Berat: 11.83 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

5Purata pengadaran
1Ulasan

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini