Langkau ke kandungan utama
Lagi daripada Siri UPPSTÅ

UPPSTÅ Mainan tarik, landak kecil/pelbagai warna

Harga RM 19

Bagaimana untuk mendapatkannya

Landak kecil yang comel untuk ditarik ini sangat menyeronokkan. Kelebihannya ialah bermain dapat melatih kemahiran motor halus, pemikiran logik dan koordinasi tangan-mata. Bermain adalah asas pembelajaran sepanjang hayat.

Nombor artikel705.138.79

Butiran produk

Apabila anak anda menolak atau menarik landak ini, manik yang tersembunyi dalam bola akan berbunyi dan bergegar, sekali gus menggalakkan anak anda untuk terus bermain dan mendengarnya semula.

Struktur kayu ini sesuai untuk kanak-kanak yang suka mengangkat, melempar, menolak dan menarik mainan.

Tali serutnya mudah digenggam oleh tangan kecil.

Reka bentuknya membolehkan anak anda merasai pelbagai jenis bahan dan bentuk yang berbeza.

Siri UPPSTÅ dihasilkan bagi membantu anak anda belajar dan meneroka, dan ia mempunyai pelbagai figura dari hutan yang berilhamkan asal usul Scandinavia kami.

Pada usia ini, kanak-kanak belajar melalui semua deria mereka. Struktur, bunyi dan warna serta corak yang berbeza-beza meningkatkan pengalaman kanak-kanak semasa bermain.

Pereka

H Johansson/S Edholm/L Ullenius

Nombor artikel705.138.79

Maklumat berguna

Setiap bahagian telah diuji secara teliti dan tahan dengan balingan, pukulan dan gigitan anak anda.

Sesuai dengan produk lain dalam siri UPPSTÅ dan BRUMMIG.

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Bahagian kayu:
Kayu lapis birch, Cat akrilik, Lakuer akrilik jernih
Bola:
Plastik ABS
Manik:
Kayu birch padu
Roda:
Kayu birch padu, Cat akrilik, Lakuer akrilik jernih
Gandar:
Keluli, Bergalvani
Tali:
100% poliester

Penjagaan

Lap sehingga kering dengan kain yang bersih.

Keselamatan dan pematuhan

Disyorkan untuk yang berumur 18 bulan ke atas.

Pengukuran

  • Panjang: 15 cm
  • Lebar: 6 cm
  • Tinggi: 9 cm
  • Panjang tali: 0.46 m

Bungkusan

UPPSTÅ

Nombor artikel705.138.79
  • Lebar: 10 cm
  • Tinggi: 6 cm
  • Panjang: 17 cm
  • Berat: 0.20 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

4.6Ulasan: 4.6 daripada 5 bintang. Jumlah ulasan: 5Purata pengadaran
5Ulasan
4.6Ulasan: 4.6 daripada 5 bintang. Jumlah ulasan: 5Purata pengadaran
5Ulasan

Produk Berkaitan

Disyorkan untuk anda

Bahan

Apakah kayu padu?

Kayu padu ialah salah satu bahan kegemaran kami dan merupakan sebahagian daripada warisan Scandinavia kami. Ia juga merupakan bahan yang tidak lapuk dek zaman dengan pelbagai kegunaan. Tanpa mengira spesies kayu, ia tahan lama, indah dan boleh diperbaharui. Kami berusaha untuk menggunakan bahan mentah ini seboleh-bolehnya dengan bijak dan cekap bagi mengelakkan pembaziran – dan kami juga melabur dalam kemudahan dan logistik supaya penggunaan kayu kitar semula dapat kami pertingkatkan.

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini

Lagi daripada Siri UPPSTÅ

Aksesori untuk UPPSTÅ