Semasa kami mereka bentuk kad dalam siri UNDERHÅLLA, kami perlu mencari saiz dan gaya huruf serta nombor yang tepat, supaya ia mudah difahami dan dikenali, tidak kira usia ataupun tempat anda tinggal. Apabila kami meminta nasihat Kristiina Kumpulainen, beliau mencadangkan untuk menambah simbol yang biasa seperti rumah dan hati pada kad. “Dengan cara itu, kad-kad itu juga mempunyai makna untuk kanak-kanak kecil yang belum mengenali huruf-hurufnya. Kanak-kanak memang inventif, dan ia adalah baik jika mereka bermain dengan benda-benda yang tidak terlalu terhad tetapi boleh digunakan melalui cara yang berbeza-beza.”
UNDERHÅLLA Set 40 unit blok binaan kayu, pelbagai warna
Bagaimana untuk mendapatkannya
Sebahagian daripada siri UNDERHÅLLA – mainan pendidikan dan klasik yang membantu kanak-kanak belajar abjad, membaca jam, mengira, serta memahami hubungan antara bentuk dan keseimbangan.
Butiran produk
IKEA of Sweden
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
Kayu birch padu, Cat akrilik, Lakuer akrilik jernih
Penjagaan
Lap sehingga kering dengan kain yang bersih.
Keselamatan dan pematuhan
Pengukuran
Bungkusan
UNDERHÅLLA
Nombor artikel705.066.85- Lebar: 13 cm
- Tinggi: 7 cm
- Panjang: 23 cm
- Berat: 0.96 kg
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Produk Berkaitan
Disyorkan untuk anda

Pembelajaran main-main
Bermain adalah sesuatu yang paling menyeronokkan, tetapi yang bijaknya ialah ia juga merupakan bahagian penting dalam perkembangan kanak-kanak. Kami menghasilkan UNDERHÅLLA untuk merangsang bermain dan pembelanjaran melalui cara yang menyeronokkan dan menginspirasikan. Siri ini mempunyai mainan kayu pedagogi, kad dengan huruf dan nombor – benda-benda yang boleh memainkan peranan penting dalam dunia yang semakin digital.brang
"Ya, berpeluang untuk bermain dan belajar dengan pelbagai mainan dan permainan, baik tradisional mahupun digital adalah penting bagi kanak-kanak. Ia bermaksud kepelbagaian dan kebebasan untuk kanak-kanak," jelas Kristiina Kumpulainen. Beliau merupakan Profesor Pendidikan dan Pengarah Saintifik Pusat Pembelajaran Main-main di Universiti Helsinki. Kajian beliau tertumpu kepada pembelajaran kanak-kanak dan bagaimana reka bentuk mempengaruhi keupayaan pembelajaran mereka.
Kad untuk semua peringkat umur
Bermain membuahkan kemahiran
Kad, abakus, jam dan blok binaan – semua bahagian siri UNDERHÅLLA dibuat untuk menarik minat orang ramai untuk bermain. "Saripada kajian kita ketahui bahawa kanak-kanak bermain untuk kepentingannya sendiri, tetapi semasa bermain, mereka mengamalkan kemahiran sosial, emosi dan kognitif serta mengawal emosi. Bermain secara sukarela adalah cara yang sihat dan kaya untuk pembelajaran dan kesejahteraan", kata Kristiina. Dan terdapat kebebasan istimewa dengan permainan dan mainan analog. Kanak-kanak boleh bermain dengannya di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa kerana tidak memerlukan elektrik atau internet. Itu agak berguna, bukan?
Bahan
Apakah kayu padu?
Kayu padu ialah salah satu bahan kegemaran kami dan merupakan sebahagian daripada warisan Scandinavia kami. Ia juga merupakan bahan yang tidak lapuk dek zaman dengan pelbagai kegunaan. Tanpa mengira spesies kayu, ia tahan lama, indah dan boleh diperbaharui. Kami berusaha untuk menggunakan bahan mentah ini seboleh-bolehnya dengan bijak dan cekap bagi mengelakkan pembaziran – dan kami juga melabur dalam kemudahan dan logistik supaya penggunaan kayu kitar semula dapat kami pertingkatkan.





