TONSTAD Set 3 unit perabot bilik tidur, termasuk storan katil/putih pudar, 180x200 cm
Bagaimana untuk mendapatkannya
Reka bentuk klasik menepati kemasan lembut dalam siri TONSTAD dalam warna putih pudar, memberikan perabot rasa kualiti yang mantap. Katil storan dan 2 meja sisi katil dengan storan yang mudah dicapai ini ada rupa yang kemas.

Rangka katil TONSTAD mempunyai binaan yang kukuh dan teguh yang membolehkan anda menggunakannya selama bertahun-tahun. 4 laci yang besar di bawah katil tutup secara senyap dan perlahan-lahan kerana adanya fungsi tutup perlahan bersepadu.
Reka bentuk rangka katil dengan ruang khusus untuk meja sisi katil bermakna laci sentiasa mudah diakses.
Meja sisi katil TONSTAD mempunyai laci dengan pemegang bersepadu yang tutup dengan perlahan-lahan dan senyap. Kaki bulat daripada kayu padu menjadikan meja sisi katil kelihatan elegan.
Dasar katil berbilah LURÖY dengan bilah melengkung membantu menyerap berat tubuh anda dan menyokong tubuh anda, manakala binaan terbuka membolehkan udara beredar dan memastikan tilam bersih.


Produk ini terdiri daripada lebih daripada satu komponen. Anda boleh mendapatkan butiran komponen ini di bawah.
Ulasan pelanggan
Produk berkaitan
Terokai lebih banyak pilihan
Disyorkan untuk anda
Fungsi penyelesaian
Perabot tak lapuk dek zaman menghiasi seluruh rumah anda
TONSTAD ialah siri dengan ciri yang kemas dan elegan. Perabot berwarna putih pudar ini mempunyai reka bentuk klasik dengan kemasan anggun dan kualiti yang mantap, manakala rincian seperti laci tutup perlahan dengan pemegang bersepadu nampak moden namun tak lapuk dek zaman. Ia dsertakan dengan pelbagai fungsi untuk pelbagai keperluan – membantu anda menghasilkan gaya seragam di seluruh rumah anda.
















