Siri TONSTAD menyepadukan reka bentuk klasik dengan venir kayu oak kusam berberus dengan indah, memberikan setiap perabot cirinya yang unik. Meja makan ini dengan mudah dipanjangkan daripada 2 tempat duduk yang selesa kepada 4 tempat duduk yang lapang.
Butiran produk
Meja 2-4 tempat duduk dengan venir kayu oak kusam berberus dan sudut bulat yang licin ini sememangnya menjadikannya tempat kegemaran anda setiap hari.
Binaan yang stabil dengan kaki kayu yang kukuh dan permukaan venir kayu asli, diwarnakan dan dilakuer berlapis-lapis bagi menahan kesan dan haus, membolehkan anda menikmatinya setiap saat tanpa bimbang.
Meja 2 tempat duduk ini dengan mudah boleh dipanjangkan menjadi meja 4 tempat duduk menggunakan daun swasimpan yang disertakan.
Daun swasimpan ini mudah disisipkan untuk memanjangkan meja dan mudah untuk ditanggalkan dan disimpan di bawah bahagian atas meja selepas tetamu anda pulang.
Kaki meja yang sentiasa di sudut permukaan atas meja walau pun meja telah dipanjangkan, jadi terdapat banyak ruang di bawah meja untuk kerusi.
Setiap meja unik dengan corak ira yang berbeza-beza dan peralihan warna semula jadi yang merupakan sebahagian daripada daya tarikan pada kayu.
Direka bentuk untuk benar-benar padan dengan kerusi TONSTAD. Kerusi KRYLBO dan TOSSBERG juga padanan yang sesuai dengan ekspresi gaya yang berbeza-beza.
Perabot dalam siri TONSTAD direka bentuk agar sesuai bersama-sama. Gunakan setiap perabot sebagai perabot bebas yang indah atau gabungkannya untuk menghasilkan penyelesaian peribadi anda sendiri.
Ola Wihlborg
Maklumat berguna
Hanya disyorkan untuk digunakan di dalam bangunan.
2-4 tempat duduk.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Panel atas:
- Papan partikel, Kerajang kertas, Bahagian tepi kertas, Venir kayu oak, Lakuer akrilik jernih
- Selusur tepi/ Kaki:
- Kayu padu, Pelekat, Venir kayu oak, Lakuer akrilik jernih
- Selusur silang:
- Papan partikel, Kerajang plastik
Penjagaan
Lap bersih menggunakan kain yang dilembapkan di dalam larutan pencuci lembut.
Kesat sehingga kering dengan kain bersih.
Untuk meningkatkan kestabilan, ketatkan semula skru selepas kira-kira dua minggu selepas pemasangan dan apabila perlu.
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
TONSTAD Meja boleh dipanjangkan205.940.57Nasihat dan arahan penjagaan
TONSTAD Meja boleh dipanjangkan205.940.57Pengukuran
- Tinggi: 75 cm
- Panjang: 80 cm
- Panjang maksimum: 120 cm
- Lebar: 70 cm
Bungkusan
TONSTAD
Nombor artikel205.940.57- Lebar: 28 cm
- Tinggi: 12 cm
- Panjang: 79 cm
- Berat: 13.43 kg
- Bungkusan: 1
- Lebar: 44 cm
- Tinggi: 6 cm
- Panjang: 74 cm
- Berat: 10.94 kg
- Bungkusan: 1






