Kayu pain padu tahan lasak ada kepelbagaian semula jadi pada ira, warna dan tekstur, menampilkan setiap unit itu dengan wajah yang unik.

Jika anda menyapu minyak, lilin, lakuer atau warna di atas permukaan kayu yang tidak dirawat ia akan lebih tahan lama dan mudah dijaga.
Terdapat banyak ruang di bawah katil untuk kotak storan, sangat sesuai untuk menyimpan duvet dan bantal tambahan.
Bahagian bawah rangka katil mudah divakum agar ruang bersih dan bebas habuk.
Dasar katil berbilah LURÖY dengan bilah melengkung membantu menyerap berat tubuh anda dan menyokong tubuh anda, manakala binaan terbuka membolehkan udara beredar dan memastikan tilam bersih.
IKEA of Sweden/K Hagberg/M Hagberg

Produk ini terdiri daripada lebih daripada satu komponen. Anda boleh mendapatkan butiran komponen ini di bawah.
Ulasan pelanggan
Produk berkaitan
Terokai lebih banyak pilihan
Disyorkan untuk anda
Bahan
Apakah kayu padu?
Kayu padu ialah salah satu bahan kegemaran kami dan merupakan sebahagian daripada warisan Scandinavia kami. Ia juga merupakan bahan yang tidak lapuk dek zaman dengan pelbagai kegunaan. Tanpa mengira spesies kayu, ia tahan lama, indah dan boleh diperbaharui. Kami berusaha untuk menggunakan bahan mentah ini seboleh-bolehnya dengan bijak dan cekap bagi mengelakkan pembaziran – dan kami juga melabur dalam kemudahan dan logistik supaya penggunaan kayu kitar semula dapat kami pertingkatkan.













