TANNISBY Ambal, tenunan rata, buatan tangan/kelabu hitam, 160x230 cm
Bagaimana untuk mendapatkannya
Ambal wul ini menerapkan unsur tradisional ala Maghribi dan Mexico pada rumah anda. Ia buatan tangan dengan rumbai panjang di hujungnya, dan mempunyai pail yang lebih panjang dalam tenunan rata yang menghasilkan tekstur lembut.
- Tenunan rata

Ambal gaya tradisional yang diilhamkan oleh pengaruh Maghribi dan Mexico.
Ambal ini dihasilkan oleh tukang kraftangan yang mahir dengan persekitaran kerja dan upah yang saksama di pusat tenun tersusun di India dan Bangladesh.
Ambal yang diperbuat daripada wul, jadi ia tidak lekat tanah secara semula jadi dan sangat tahan lama.
Sangat sesuai untuk semua jenis lantai, walaupun yang dengan pemanasan di bawah lantai.
IKEA of Sweden

Aksesori untuk TANNISBY
Produk berkaitan
Terokai lebih banyak pilihan
Disyorkan untuk anda
Proses rekabentuk
Dihasilkan menggunakan teknik alat tenun lubang
Alat tenun lubang, seperti namanya, diletakkan di atas lubang, dan bingkai kayu bersudut untuk tenunan melintang. Pekerja mahir duduk di bawah bingkai, dan mengawalnya dengan pedal kaki dan tangan mereka, menenun ambal dengan corak dan reka bentuk yang rumit. Cara ini membolehkan kerja dilakukan dari atas dan juga dari bawah bingkai, menghasilkan tenunan yang amat rapat. Melalui teknik ini ia mengambil kira-kira 2-3 hari untuk menghasilkan ambal yang bagai satu kerja seni yang manambahkan ciri unik pada mana-mana rumah.
Bahan
Apakah wul?
Wul adalah bahan semula jadi praktis yang selalunya diperolehi daripada bebiri. Wul mentah dibasuh dan kemudian dipintal menjadi yarn. Ambal wul mempunyai banyak kelebihan. Ia lembut, hangat dan selesa untuk berjalan di atasnya dan ia juga sangat tahan lasak. Ia juga tahan kotoran kerana wul mempunyai minyak semula jadi. Ini bermakna kotoran berada di permukaan dan tidak meresap ke dalam ambal. Semua ambal wul gugur, ada yang banyak, ada yang sedikit - kerap vakum bagi mengelakkan lembaran serat daripada bertaburan.







