Langkau ke kandungan utama

TÄNNFORSEN Penyokong sink dengan laci, putih, 100x48x63 cm

Harga RM 1295

Bagaimana untuk mendapatkannya

Ciri-ciri produk
  • 10 tahun jaminan

Rincian klasik seperti tepi serong menjadikan siri bilik mandi TÄNNFORSEN sesuatu yang menyerlahkan gaya unik anda. Gandingkan penyokong sink ini dengan laci, dengan kaunter meja dan/atau sink pilihan anda.

Nombor artikel305.354.49

Butiran produk

Kapasiti storan laci penuh yang besar untuk semua keperluan anda kerana perpaipan dilalukan melalui bahagian belakang dan bukan melalui pepotong di dalam laci. Laci terbuka sepenuhnya bagi memberikan gambaran keseluruhan yang jelas.

Laci bahagian bawah yang dalam mempunyai ruang untuk barangan yang lebih besar seperti botol dan tuala. Laci atas sangat sesuai benar untuk menyusun barangan yang lebih kecil seperti berus, krim, penyembur dan aksesori.

Laci dilindungi daripada kerosakan air kerana adanya teknik pengeluaran pintar. Kerajang dibalut secara menegak di sekeliling papan partikel agar tiada tepi yang tidak dilindungi untuk air menembusi.

Boleh berfungsi sebagai penyokong sink dengan sink atau sebagai unit penstoran dengan kaunter atas dan tanpa sink.

Tambah tombol atau pemegang bagi menghasilkan penyelesaian tepat untuk gaya dan cita rasa anda. Dijual berasingan.

Kabinet ini hendaklah dipasang di dinding. Ini mewujudkan rasa yang luas malahan juga memudahkan lantai di bawahnya dibersihkan. Kaki juga mungkin boleh ditambah bergantung pada rupa yang anda suka.

Selusur ampaian yang disertakan memudahkan kabinet dipasang pada dinding. Pasangkan selusur pada dinding, kemudian gantung kabinet pada selusur dan kukuhkan.

Gabungkan dengan kabinet lain dalam siri TÄNNFORSEN untuk menghasilkan penyelesaian bilik mandi terkoordinasi yang sesuai mengikut ruang dan keperluan anda.

Cemat baji yang unik memudahkan pemasangan dan kelengkapan hampir tidak kelihatan.

2 kaki boleh ditambah. Ia mudah diskru kerana adanya nat sisipan di bahagian bawah kabinet. Dijual berasingan.

Wajah yang benar-benar klasik dalam warna putih yang ditambahkan dengan perincian indah seperti panel serong. Ungkapan yang menghidupkan tradisi dan tidak sekali-kali ketinggalan zaman.

Jaminan 10 tahun. Baca termanya di dalam risalah jaminan.

Pereka

Sarah Fager

Nombor artikel305.354.49

Maklumat berguna

Hendaklah dikukuhkan pada dinding untuk pemasangan yang selamat. Bahan binaan dinding yang berbeza-beza memerlukan jenis peranti pemasangan yang berbeza-beza. Gunakan peranti pemasangan yang sesuai untuk dinding rumah anda, yang dijual berasingan.

Jika anda tidak pasti tentang pemasangan, hubungi pakar pemasangan. Pemasangan boleh dilakukan mengikut peraturan sah binaan dan pemasangan paip di kawasan anda.

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Rangka tepi/ Selusur topang/ Bingkai bahagian hadapan laci:
Bod gentian, Kerajang plastik (min. kitar semula 70%), Tepi plastik, Plastik tepi (minimum kitar semula 50%)
Isian sisi dalam/ Panel bahagian hadapan laci:
Bod gentian, Kerajang plastik (min. kitar semula 70%), Lapisan melamina
Selusur tengah/ Pembahagi laci/ Bahagian tepi laci:
Papan partikel, Kerajang plastik, Tepi plastik, Plastik tepi (minimum kitar semula 50%)
Panel bahagian bawah:
Papan partikel, Kerajang plastik (min. kitar semula 70%), Kerajang plastik, Tepi plastik, Plastik tepi (minimum kitar semula 50%)
Bahagian belakang laci:
Papan partikel, Kerajang plastik
Bahagian bawah laci:
Bod gentian, Kerajang plastik

Penjagaan

Kesat sehingga kering dengan kain bersih.

Lap bersih dengan kain lembut yang dilembapkan dengan larutan air dan sabun cuci atau sabun yang lembut dan tidak kasar jika perlu.

Pemasangan dan dokumen

Pengukuran

  • Dalam: 47.5 cm
  • Tinggi: 62.8 cm
  • Lebar kabinet bawah sink: 100 cm
  • Lebar: 100.0 cm
  • Depan laci, ketebalan: 16 mm

Bungkusan

Produk ini mengandungi pakej 2

TÄNNFORSEN

Nombor artikel305.354.49
Produk ini mempunyai beberapa bungkusan.
  • Lebar: 48 cm
  • Tinggi: 8 cm
  • Panjang: 114 cm
  • Berat: 19.88 kg
  • Bungkusan: 1
  • Lebar: 49 cm
  • Tinggi: 6 cm
  • Panjang: 103 cm
  • Berat: 16.34 kg
  • Bungkusan: 1

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini