TÄLLÅSEN Rangka katil upholsteri
Bagaimana untuk mendapatkannya
- Sarung boleh dibasuh
Bentuk kemas, upholsteri warna selaras, bahagian logam dan kepala katil yang lembut dan selesa. TÄLLÅSEN mempunyai banyak rincian yang direka bentuk dengan baik, menjadikan bilik tidur anda nampak lebih moden yang mudah digabungkan dengan perabot lain.
Butiran produk
Reka bentuk yang ringkas dan kukuh dengan beberapa perincian an yang difikirkan dengan baik memberikan bingkai katil upholsteri TÄLLÅSEN wajah moden – mudah untuk digabungkan dengan perabot bilik tidur yang lain
Sarung kepala katil boleh ditanggalkan dengan mudah, dicuci dengan mesin dan disarungkan semula, supaya anda boleh memastikan ia sentiasa bersih dan seperti baharu.
Kepala katil berlapik indah dipandang dan selesa untuk bersandar sambil membaca atau menonton TV di katil.
Kaki katil diletakkan di bahagian luar rangka katil, nampak lagi menarik dan moden.
Tepi katil boleh laras membolehkan anda menggunakan tilam yang berlainan tebal.
Terdapat banyak ruang di bawah katil untuk kotak storan, sesuai benar apabila anda ingin memaksimumkan penggunaan ruang.
Bahagian bawah rangka katil mudah divakum agar ruang bersih dan bebas habuk.
Dasar katil berbilah LURÖY dengan bilah melengkung membantu menyerap berat tubuh anda dan menyokong tubuh anda, manakala binaan terbuka membolehkan udara beredar dan memastikan tilam bersih.
Maklumat berguna
Upholsteri di sisi katil tidak boleh ditanggalkan atau dibasuh dengan mesin.
Rasuk bahagian tengah disertakan.
Tilam dan cadar dijual secara berasingan.
Dasar katil berbilah LUROY termasuk di dalam harga, tetapi dibungkus berasingan.
Bahan dan penjagaan
Penjagaan
Dibasuh mesin, maksimum 40°C, proses normal.
Jangan gunakan bahan peluntur.
Jangan guna mesin pengering.
Seterika, maksimum 150°C.
Pencucian kering profesional menggunakan tetrakloroetena dan hidrokarbon, proses biasa.
Tanggalkan pelapik isi bahagian dalam daripada kusyen sebelum dicuci.
Vakum sehingga bersih.
Lap sehingga bersih dengan kain yang dilembapkan di dalam bahan pencuci yang tidak begitu kuat.
Sarung tidak boleh dibasuh.
Keselamatan dan pematuhan
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
TÄLLÅSEN Rangka katil upholsteri705.647.79Pengukuran
- Tinggi hujung katil: 38 cm
- Tinggi kepala katil: 107 cm
- Panjang: 213 cm
- Panjang tilam: 200 cm
- Lebar tilam: 180 cm
- Lebar: 195 cm
- Tinggi ruang di bawah katil: 20 cm
Bungkusan
TÄLLÅSEN
Nombor artikel705.647.79- Lebar: 43 cm
- Tinggi: 14 cm
- Panjang: 209 cm
- Berat: 20.90 kg
- Bungkusan: 1
- Lebar: 22 cm
- Tinggi: 12 cm
- Panjang: 209 cm
- Berat: 18.80 kg
- Bungkusan: 1
LURÖY
Nombor artikel801.631.73- Lebar: 26 cm
- Tinggi: 5 cm
- Panjang: 90 cm
- Berat: 8.20 kg
- Bungkusan: 2
Ulasan pelanggan
Aksesori untuk TÄLLÅSEN
Pandangan pereka
Pandangan pereka
"Tujuan saya mereka bentuk TÄLLÅSEN adalah untuk menjadikan katil upholsteri yang menyerlah melalui cara yang menarik dengan pilihan bahan, warna dan binaan. Walaupun ia mempunyai ekspresi tersendiri, ia juga menyediakan banyak fungsi. Contohnya ialah kepala katil berlapik yang sesuai untuk bersandar semasa duduk di atas katil, tetapi juga mempunyai cetakan halus yang memberikan tekstil rupa dan tekstur yang lebih padu. Jadi saya harap ramai orang menghargai keselesaan dan juga ciri TÄLLÅSEN."












