“Dengan STYRSPEL anda mendapat rupa dan fungsi yang kami rasa tiada pada kerusi permainan digital konvesional,” katanya. Bahagian belakang dan tempat duduk yang lebih lebar serasi dengan semua orang yang menghargai keselesaan di tepi skrin, dan siapa tidak? "Kami menggunakan fabrik jaringan yang kuat dan bukannya pelapik." Ia memberikan kesan pendinginan yang menyenangkan jika anda duduk selama berjam-jam dan terasa lebih lembut berbanding fabrik jaring lain di pasaran. Kami juga telah cuba menjadikannya intuitif untuk memahami cara melaraskan kerusi supaya anda boleh mendapatkan kedudukan yang selesa dengan mudah, tidak kira bagaimana cara duduk yang anda lebih suka atau jenis badan yang anda miliki.”
Kerusi permainan digital STYRSPEL membantu meningkatkan prestasi permainan anda. Laraskan penyandar kepala, sokongan lumbar, tempat letak tangan, dan tinggi serta kedalaman tempat duduk – bahan jaringan menyamankan anda apabila permainan semakin sengit!
- Diuji untuk: 110 kg
Bahan jaring pada penyandar membolehkan udara masuk, yang lebih memanfaatkan apabila perlawanan berlarutan.
Kerusi permainan digital ergonomik ini mempunyai banyak fungsi yang membolehkan anda dengan mudah menyesuaikan kerusi mengikut tubuh anda.
Penyandar kepala boleh laras – Melegakan leher dan bahu.
Penyokong lumbar boleh laras – Menggalakkan postur yang baik dan mengurangkan ketegangan pada bahagian bawah belakang.



Ulasan pelanggan
Aksesori untuk STYRSPEL
Produk berkaitan
Terokai lebih banyak pilihan
Disyorkan untuk anda

Pertingkatkan dengan perkakasan yang betul
Permainan digital merupakan profesion bagi beribu-ribu dan hobi bagi berjuta-juta orang. Satu perkara yang menyatukan pemain permainan digital di seluruh dunia ialah kecintaan terhadap e-sukan dan cabaran di skrin. Dan jika kita jujur, kadangkala duduk lama sangat dan otot pun kejang. Dengan STYRSPEL anda boleh memperhalusi postur anda dan mendapat kelebihan daya saing yang anda perlu untuk mencapai tahap baharu dan skor terbaik peribadi yang baharu dengan selesa.
“Walaupun anda sendiri bukan seorang pemain permainan digital, anda mungkin mengenali seseorang yang juga sedemkian; terdapat seorang dalam hampir setiap keluarga,” kata pembangun produk Ola Kristensson. “Banyak kerusi permainan digital di pasaran kelihatan seperti kerusi lumba, tetapi kami ingin melakukan sesuatu yang berbeza, yang mencerminkan IKEA, dengan segala yang diperlukan.”
Dilengkapi dengan fungsi dan keselesaan
Sesuaikan mengikut permainan anda
STYRSPEL mempunyai fungsi lain yang dibangunkan khusus untuk pemain permainan digital, tetapi yang juga boleh dihargai oleh orang lain, seperti tempat letak tangan berpangsi.. "Ini kerana anda mahukan jarak yang berbeza-beza antara siku anda bergantung pada sama ada anda bermain di konsol, komputer ataupun mudah alih." Dengan STYRSPEL anda boleh memperhalusi postur anda dan duduk dengan santai, tanpa mengira peranti apa yang anda gunakan untuk bermain.” Ia merupakan kerusi dengan beberapa ciri yang boleh menyumbang kepada skor yang lebih tinggi dan pengalaman permainan digital yang lebih baik. Dan itu juga berita baik untuk sesiapa sahaja yang tinggal bersama dengan pemain permainan digital dan mungkin perlu meminjam kerusi yang selesa dari semasa ke semasa.


















