Langkau ke kandungan utama
Baharu

STRANDÖN Payung, jingga terang, 140 cm

Harga RM 129

Bagaimana untuk mendapatkannya

Fabrik ini memberikan perlindungan terbaik terhadap sinaran UV matahari kerana ia mempunyai pengadaran UPF (Faktor Perlindungan Ultraungu) 15+, yang bermaksud ia menyekat 93% daripada sinaran ultraungu.

Nombor artikel406.004.63

Butiran produk

Tiang itu diperbuat daripada logam tahan lama dan tahan lasak yang berdiri teguh.

Pengukuh mesti diskrukan ke dalam pasir bagi memastikan bahawa payung berdiri stabil.

Gabungkan perabot luar dalam siri STRANDÖN sesuka hati dan wujudkan ruang luar yang terselaras.

Pereka

Ida Pettersson Preutz

Nombor artikel406.004.63

Maklumat berguna

Payung tidak memberikan perlindungan daripada pantulan atau radiasi ultravoilet solar yang bertabur.

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Fabrik:
Poliester 100 % (kitar semula 100%)
Tetulang/ Tiang:
Keluli, Poliester bersalut serbuk
Dasar:
Plastik polipropilena

Penjagaan

Rangka/Bingkai

Lap sehingga bersih menggunakan kain lembap.

Kesat sehingga kering dengan kain bersih.

Cara yang terbaik untuk memanjangkan hayat produk anda ialah dengan membersihkan secara kerap dan menyimpannya di tempat yang dingin, kering di dalam rumah, atau di dalam beg atau kotak storan

Pastikan produk ini betul-betul kering sebelum ia disimpan di dalam beg atau kotak storan.

Fabrik payung

Tidak boleh dibasuh.

Jangan gunakan bahan peluntur.

Jangan guna mesin pengering.

Jangan seterika.

Jangan lakukan cucian kering.

Untuk membersih fabrik, lipat payung ke bawah dan kesatnya dengan kain lembut yang telah dilembapkan di dalam air. Untuk bahagian yang sangat kotor, berus dengan span yang direndam di dalam bahan pencuci yang lembut dan bilas dengan air sejuk.

Keselamatan dan pematuhan

Sentiasa lipat jika payung tidak digunakan dan jangan gunakan semasa keadaan berangin.

Pemasangan dan dokumen

Nasihat dan arahan penjagaan

STRANDÖN Payung406.004.63

Pengukuran

  • Diameter: 140 cm
  • Tinggi: 187 cm
  • Diameter tiang: 22 mm

Bungkusan

STRANDÖN

Nombor artikel406.004.63
  • Lebar: 13 cm
  • Tinggi: 11 cm
  • Panjang: 97 cm
  • Berat: 1.50 kg
  • Bungkusan: 1

Pandangan pereka

Pandangan pereka

“Dunia visual saya sarat dengan warna-warna dan bentuk, dan saya suka bermain dengan perspektif bagi mewujudkan rasa pergerakan atau kedalaman. Apabila menggunakan tekstil, seperti untuk koleksi STRANDÖN, saya bereksperimen untuk melihat bagaimana bentuk boleh diulang-ulang, membolehkan struktur dan ritma yang menarik mengambil bentuk. Apa yang menarik tentang projek ini ialah corak-corak tersebut dapat mecetuskan ledakan warna dan kegembiraan pada perkelahan di taman dan hari-hari yang cerah di pantai."

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini