Langkau ke kandungan utama

STRANDMON Kerusi kepak, Nordvalla kelabu gelap

Harga RM 699
STRANDMON Kerusi kepak, Nordvalla kelabu gelap
STRANDMON Kerusi kepak, Skiftebo kuning
STRANDMON Kerusi kepak, Kelinge kuning air
STRANDMON Kerusi kepak, Vibberbo hitam/kuning air
STRANDMON Kerusi kepak, Djuparp hijau gelap

Bagaimana untuk mendapatkannya

Pelan Bayaran Ansuran 0%

Sebarkan kos hingga 6, 12 atau 24 bulan apabila anda berbelanja sebanyak RM500 keatas. Ketahui selanjutnya

Ciri-ciri produk
  • 10 tahun jaminan

Memberi nafas baharu kepada kegemaran lama. Kerusi ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 1950-an. Selepas kira-kira 60 tahun, kami membawanya semula ke dalam rangkaian dengan ketukangan, keselesaan dan rupa yang sama. Nikmatilah!

Nombor artikel303.598.27

Butiran produk

Anda boleh menenangkan diri dan bersantai kerana bahagian belakang kerusi menghasilkan sokongan tambahan untuk leher anda.

Jaminan 10 tahun. Baca terma dalam risalah jaminan.

Pereka

IKEA of Sweden

Nombor artikel303.598.27

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Fabrik:
Poliester 100% (pengitaran semula min. 90%)
Rangka:
Papan lapis, Papan partikel, Kayu padu
Kusyen tempat duduk:
Busa poliuretana 35 kg/meter persegi
Kaki:
Kayu padu, Lakuer jernih berwarna

Penjagaan

Rangka, sarung yang tidak boleh ditanggalkan.

Dibersihkan dengan mevakum.

Kesat sehingga bersih dengan kain lembap.

Sarung kusyen

Tidak boleh dibasuh.

Jangan gunakan bahan peluntur.

Jangan guna mesin pengering.

Jangan seterika.

Jangan lakukan cucian kering.

Keselamatan dan pematuhan

Keupayaan sarung ini untuk tahan lelasan telah teruji untuk menangani 50,000 kitaran. 15,000 kitaran atau lebih sesuai untuk perabot yang digunakan setiap hari di rumah. Lebih 30,000 kitaran bermakna keupayaan baik untuk menahan lelasan.Sarung ada ketahanan warna pada paras 5 (kebolehan untuk menahan kelunturan warna) daripada skala 1 hingga 8. Menurut standard industri, ketahanan warna pada paras 4 atau lebih sesuai untuk kegunaan di rumah.Perabot tempat duduk ini telah diuji dan mematuhi piawaian kekuatan dan ketahanan yang berkaitan. Ujian mensimulasikan penggunaan biasa produk dan berdasarkan penggunaan oleh orang dengan berat hingga 110 kg.

Pemasangan dan dokumen

Nasihat dan arahan penjagaan

STRANDMON Kerusi kepak303.598.27

Pengukuran

  • Lebar: 82 cm
  • Dalam: 96 cm
  • Tinggi: 101 cm
  • Lebar tempat duduk: 49 cm
  • Dalam tempat duduk: 54 cm
  • Tinggi tempat duduk: 45 cm

Bungkusan

STRANDMON

Nombor artikel303.598.27
  • Lebar: 74 cm
  • Tinggi: 47 cm
  • Panjang: 105 cm
  • Berat: 29.70 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

4.7Purata pengadaran
70Ulasan

Aksesori untuk STRANDMON

STRANDMON Kerusi kepak, Nordvalla kelabu gelap

Daripada cara duduk vintaj kepada kehidupan moden

Ada kalanya berasa nostalgia juga kan? Kami juga. Itulah sebabnya kami menghasilkan kerusi kepak STRANDMON. Reka bentuknya berinspirasikan kerusi IKEA dari tahun 50-an yang dipanggil MK – kerusi kegemaran pengasas IKEA, Ingvar Kamprad. Malahan Ia juga terpapar di muka depan katalog pertama kami. Tetapi bagaimana ia boleh diperbaharui dan disesuaikan mengikut tuntutan masa kini? Nah, kami telah menemui beberapa cara…

Seperti kualitinya. Pada tahun 50-an dahulu, kebanyakan orang menggunakan kerusi hanya untuk duduk. Kini, kita mengerekot di kerusi, menyandarkan kaki di atas tempat letak tangan dan makan di tempat duduk kita. Kami meletakkan permintaan tinggi terhadap perabot kami. Pembangun produk kami Ulf Engström menerangkan apa yang perlu dihadapi oleh STRANDMON. Sebab itu kami telah menguji Strandmon bagi memastikan yang ia boleh menampung seseorang yang duduk dan bangun sekurang-kurangnya 50,000 kali. Ini bersamaan seperti duduk dan bangun sekali sehari, selama 136 tahun.

Kini kecil dan pelbagai

Matlamatnya adalah untuk menghasilkan kerusi yang selesa dan berkualiti tinggi yang benar-benar berbaloi. Contohnya, Ulf dan rakan-rakannya memutuskan untuk memasukkannya ke dalam pek leper. “Ia memungkinkannya untuk mendapatkan harga yang lebih rendah dan mengurangkan emisi semasa diangkut, jelas Ulf. Pek leper juga akan memudahkan STRANDMON dibawa pulang, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai kereta yang boleh memuatkan kerusi kepak yang telah dipasang terlebih dahulu.

Sesetengah perkara yang tidak pernah berubah.

Kerusi kepak mungkin telah lama wujud, tetapi siapa tahu, ia mungkin dianggap sebagai satu kemestian di rumah orang ramai sekali lagi. “Orang ramai telah mengubah cara hidup mereka sejak tahun 50-an, tetapi keperluan untuk perabot berkualiti mampu milik masih sama. Saya rasa itulah salah satu sebab mengapa STRANDMON begitu popular,” kata Ulf. Pek rata dan harga yang lebih rendah, berserta warna dan corak baharu, pastinya akan memudahkan lebih ramai orang mencari tempat yang sesuai untuk STRANDMON di rumah mereka. Dan – sudah tentu – alami keselesaan yang sewajarnya.

Baca lebih lanjut

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini