Langkau ke kandungan utama

STRANDMON Kerusi berlengan utk kanak-kanak, Vissle kelabu

Harga RM 499

Bagaimana untuk mendapatkannya

Kanak-kanak rasa mereka istimewa dan penting apabila mereka boleh melakukan apa yang orang dewasa lakukan. Sebab itu kami menghasilkan kerusi POÄNG kesayangan kami versi kanak-kanak. Kini anda boleh duduk dan relaks bersama-sama - bersebelahan.

Nombor artikel803.925.46

Butiran produk

Memiliki kerusi berlengan anda sendiri dalam saiz yang sesuai lebih penting berbanding kita orang dewasa fikirkan. Ia menjadikan anak anda rasa lebih dewasa dan lebih terlibat, membantu mereka faham dan cara untuk sesuaikan diri mengikut persekitaran..

Anak anda boleh bersandar pada penyandar yang selesa seketika dan berehat. Mungkin dengan kaki terampu dan baca buku yang menarik atau peluk tempat letak tangan yang lembut apabila filem semakin menakutkan. Itu yang kita perlukan selepas aktif seharian.

Kanak-kanak lebih kecil dan tidak duduk seperti kita orang dewasa. Mereka suka bergerak dan tiba-tiba boleh mengubah kerusi berlengan kepada pulau terpencil atau roket angkasa lepas. Sebab itu tempat duduk kami kekal dan bukan kusyen cerai versi dewasa.

Kami tahu bahawa kerusi berlengan digunakan dalam pelbagai cara. Itulah sebabnya fabriknya lebih tahan lama dan kaki diletakkan supaya kerusi berlengan tegak dengan sangat mantap.

Pereka

IKEA of Sweden

Nombor artikel803.925.46

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Fabrik:
Poliester 100 %
Rangka tempat duduk:
Papan partikel, Papan lapis, Polipropilena tidak bertenun, Bod kertas
Kusyen tempat duduk:
Busa poliuretana 30 kg/meter padu, Isi poliester
Rangka belakang:
Papan lapis, Bod gentian, Kayu padu
Kusyen belakang:
Busa poliuretana 20 kg/meter persegi, Isi poliester
Rangka tempat letak tangan:
Papan partikel, Papan lapis, Plastik polietilena, Kayu padu, Bod kertas, Plastik polietilena
Kusyen tempat letak tangan:
Busa poliuretana 25 kg/meter persegi, Isi poliester
Sawang elastik untuk bahagian belakang:
60% polipropilena, 40% getah
Kaki:
Kayu bic padu, Kayu birch padu, Lakuer jernih berwarna
Fabrik:
Poliester 100% (pengitaran semula min. 90%)

Penjagaan

Rangka, sarung yang tidak boleh ditanggalkan.

Bersihkan menggunakan syampu upholsteri.

Vakum sehingga bersih.

Keselamatan dan pematuhan

Disyorkan untuk yang berumur 3 tahun ke atas.

Pengukuran

  • Lebar: 56 cm
  • Dalam: 62 cm
  • Tinggi: 71 cm
  • Lebar tempat duduk: 44 cm
  • Dalam tempat duduk: 41 cm
  • Tinggi tempat duduk: 28 cm

Bungkusan

STRANDMON

Nombor artikel803.925.46
  • Lebar: 63 cm
  • Tinggi: 30 cm
  • Panjang: 80 cm
  • Berat: 15.30 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

4.5Purata pengadaran
4Ulasan

Aksesori untuk STRANDMON

Produk Berkaitan

Disyorkan untuk anda

STRANDMON Kerusi berlengan utk kanak-kanak, Vissle kelabu

Rasa penting duduk di kerusi berlengan kecil

Adakah anda biasa dengan kerusi berlengan STRANDMON? Ini versi kanak-kanak, berdasarkan saiz kanak-kanak, cara mereka duduk – dan bagaimana kerusi berlengan tiba-tiba berubah kepada pulau terpencil atau roket angkasa lepas apabila mereka tidak duduk di atasnya. Kerana apabila bercakap dengan pakar, kami mendapati bahawa memiliki kerusi berlengan sendiri yang selamat dan selesa dengan saiz yang betul adalah lebih penting daripada yang kami sangkakan.

Bayangkan anda memandu kereta, bekerja di pejabat, memasak makanan… "Meniru orang dewasa adalah cara kanak-kanak mengulangi semula perkara yang telah mereka alami supaya mereka dapat memahami dunia di sekeliling mereka dan bagaimana mereka menyesuaikan diri dengannya," kata Barbie Clarke, seorang ahli psikologi kanak-kanak yang telah mengkaji kanak-kanak dan perkembangan mereka. Melalui pandangan ini, kami tertanya-tanya kerusi berlengan manakah yang boleh dihargai oleh kanak-kanak jika saiznya disesuaikan.

Disesuaikan mengikut tubuh kecil.

Kerusi kepak STRANDMON menjadi pilihan. "Ia tak lapuk dek zaman dan selesa serta mempunyai reka bentuk yang mengujakan, seakan-akan duduk dalam pelukan pelindung," jelas Nicolas Cortolezzi yang merupakan sebahagian daripada pasukan pembangunan. Tetapi ia bukan sekadar mengecilkan saiz. "Kanak-kanak tidak mempunyai perkadaran yang sama seperti orang dewasa dan mereka tidak duduk seperti kita. Mereka bergerak ke sana-sini dan suka mengangkat kaki, sebab itu kami membuat tempat duduk tetap dan bukan kusyen yang boleh ditanggalkan." Pasukan ini menggunakan kestabilan bagi memastikan kerusi berlengan itu selamat. Antara lain, kaki dilempatkan secara berbeza-beza sebagai pusat graviti yang disesuaikan mengikut cara kanak-kanak menggunakan kerusi. Tentang fabrik pula ─ kami tahu ketahanan diperlukan apabila kerusi berlengan kadangkala digunakan sebagai pulau terpencil atau gunung tertinggi di dunia.

Membuat kanak-kanak rasa diterima

Secara keseluruhannya, ia adalah tentang kanak-kanak sendiri yang diterima dan dilihat sebagai manusia kecil yang sebenar. "Jika kanak-kanak dibenarkan duduk di kerusi bersaiz mereka sendiri, mereka akan berasa lebih terlibat dengan persekitaran mereka," kata Barbie. "Ia benar-benar penting bagi mereka."

Baca lebih lanjut

Bahan

Apakah busa?

Busa sangat baik sebagai upholsteri di tempat duduk dan tilam kerana ia memberikan keselesaan yang baik dan boleh melegakan tekanan dengan mengacu mengikut tubuh. Bergantung pada ciri dan rasa yang anda cari, terdapat beberapa kualiti untuk dipilih, seperti busa berdaya tahan tinggi dan busa memori. Bahan mentah untuk busa sebelum ini sepenuhnya berasaskan bahan fosil dara. Tetapi hari ini, bersama-sama pembekal kami, kami telah mula membangunkan bahan yang boleh diperbaharui dan dikitar semula.

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini

Lagi daripada Siri STRANDMON