- Sederhana hangat
Duvet sederhana hangat/ringan dengan keselesaan ultra lembut. Isi gentian poliester berongga merupakan impian penggemar yang suka akan yang gebu, dikelilingi oleh fabrik kapas tenun dobby yang menambahan rasa kemewahan dan kesejahteraan.
Butiran produk
Duvet sederhana hangat yang mudah dijaga daripada kapas tenun dobby dan isi gentian berongga yang lembut daripada sumber kitar semula.
Gentian yang lembut dan ringan mengekalkan isi padu dan keupayaan tebatan, membolehkan tubuh anda bernafas serta mengekalkan suhu yang sekata sepanjang malam.
Panel dijahit dengan dinding perantara bagi memastikan isi ringan dan gebu, serta memastikan ia berada di tempatnya.
Pilihan yang baik jika anda sering rasa hangat semasa tidur.
Duvet boleh dibasuh mesin pada 60°C, suhu yang membunuh hama debu.
Duvet ini dijual dalam beg tali cerut kapas supaya anda boleh menggulungnya dan membungkusnya apabila tidak digunakan. Anda juga boleh menggunakan beg ini sebagai beg pakaian atau untuk menyimpan barang-barang peribadi yang lain.
Maja Ganszyniec
Maklumat berguna
Kiraan benang 252.
Kiraan benang menunjukkan jumlah benang bagi setiap inci persegi fabrik. Semakin tinggi kiraan benang semakin rapat tenunan fabrik.
Produk ini sesuai digunakan di hotel yang lebih kecil, rumah penginapan dan B&B kerana reka bentuk dan bahannya dioptimumkan untuk penggunaan dan pencucian yang kerap.
Produk ini diuji kemudahbakaran dan mematuhi standard EN ISO 12952-1.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Fabrik:
- 100% kapas
- Isi:
- Poliester 100 % - gentian berongga (kitar semula 100%)
Penjagaan
Dibasuh mesin, maksimum 60°C, proses normal.
Jangan gunakan bahan peluntur.
Pengeringan pada suhu normal (maksimum 80°C).
Jangan seterika.
Jangan lakukan cucian kering.
Pengukuran
- Panjang: 200 cm
- Lebar: 200 cm
- Berat isian: 680 g
- Jumlah berat: 1970 g
Bungkusan
STRANDMOLKE
Nombor artikel804.572.03- Panjang: 46 cm
- Berat: 2.11 kg
- Diameter: 18 cm
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Produk Berkaitan
Disyorkan untuk anda
Bahan
Cara penjagaan duvet poliester anda
Dengan sedikit penjagaan, anda boleh memanjangkan jangka hayat duvet poliester anda agar sentiasa nampak dan rasa seperti baharu. Gunakan bahan cuci yang tidak begitu kuat dan tetapkan mesin basuh anda pada kitaran halus pada 60°C – suhu yang menghapuskan hama habuk. Elakkan peluntur/pelembut fabrik. Duvet poliester boleh kering udara atau gunakan mesin pengering mengikut arahan penjagaan. Kerap anginkan duvet anda antara cucian, jika boleh di bawah cahaya matahari langsung.


