Sebuah mangkuk yang indah, tetapi juga karya seni tiup mulut yang dihasilkan oleh peniup kaca mahir yang dijamin menjadi daya penarik dengan bentuk organiknya yang tidak sekata dan warna biru-firus.
Butiran produk
Mangkuk tiup mulut daripada kaca biru-firus tebal dengan bentuk organik. Sebuah permata dengan kesederhanaannya yang menghiasi tempatnya di mana sahaja anda memilih untuk meletakkannya.
Isi mangkuk dengan hiasan atau gunakannya sendirian, sebagai objek indah dengan gaya tersendiri.
Mangkuk lebih tahan calar dan haus kerana diperbuat daripada kaca berwarna.
Paulin Machado
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
Kaca
Penjagaan
Cucian tangan sahaja.
Pengukuran
- Diameter: 34 cm
- Tinggi: 11 cm
Bungkusan
STOCKHOLM 2025
Nombor artikel905.904.66- Lebar: 35 cm
- Tinggi: 11 cm
- Panjang: 37 cm
- Berat: 3.30 kg
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Bahan
Apa itu kaca?
Kaca ialah bahan keras dan tahan lama yang diperbuat daripada bahan mentah seperti pasir, soda dan kapur yang dicairkan pada suhu tinggi. Ia boleh dikitar semula berulang-ulang kali tanpa menjejaskan kualiti dan matlamat kami adalah akhirnya menggunakan hanya kaca kitar semula.
Pandangan pereka
Pandangan pereka
“Warna dan bentuk alam semula jadi yang berubah-ubah benar-benar mempesonakan — sama ada ia musim sejuk diselubungi kabus dingin atau kedatangan musim bunga yang menyaksikan alam semula jadi hidup dengan letusan warna-warni. Dengan bentuk organik yang tidak teratur dan warna biru-firus mangkuk tiup mulut dalam koleksi STOCKHOLM 2025 ini adalah penghargaan saya terhadap seni kaca Sweden dan hutan dongeng di utara. Sebuah karya seni berinspirasikan alam dan dihasilkan oleh peniup kaca yang mahir."




