STJÄRNÖ Rangka katil, putih/Luröy, 150x200 cm
Bagaimana untuk mendapatkannya
Sama ada anda lebih suka gaya klasik romantis ataupun yang moden dan berani, tekstil katil dan perabot bilik tidur anda yang sedia ada akan benar-benar padan dengan rangka katil ini.
Butiran produk
Perincian terasing namun tersendiri pada kepala katil, kaki katil dan kaki memberikan reka bentuk klasik ini sentuhan yang unik.
Anda boleh memilih keselesaan tilam yang terbaik untuk anda - kepala dan kaki katil yang tinggi sesuai dengan tilam dengan ketebalan yang berbeza-beza.
Anda boleh duduk dengan selesa di atas katil kerana adanya kepala katil yang tinggi - hanya sandarkan beberapa bantal di belakang anda dan anda akan mendapat tempat yang selesa untuk membaca atau menonton TV.
Kakit katil yang tinggi menghalang tekstil katil daripada terjuntai ke lantai semasa anda tidur.
Terdapat banyak ruang di bawah katil untuk kotak storan. Sesuai benar apabila anda ingin memanfaatkan ruang sepenuhnya.
Bahagian bawah rangka katil mudah divakum agar ruang bersih dan bebas habuk.
Pengukuran
- Panjang tilam: 200 cm
- Lebar tilam: 150 cm
- Tinggi hujung katil: 74 cm
- Tinggi kepala katil: 135 cm
- Panjang: 209 cm
- Lebar: 158 cm
- Ketinggian bebas di bawah perabot: 26 cm
- Lebar kepala katil: 158 cm
- Tinggi: 135 cm