Langkau ke kandungan utama

STARKVIND Pembersih udara, putih/pintar

Harga RM 659
STARKVIND Pembersih udara, hitam/pintar
STARKVIND Pembersih udara, putih/pintar

Bagaimana untuk mendapatkannya

Ciri-ciri produk
  • Sesuai dengan IKEA Home Smart

Pembersih udara boleh ditetapkan pada mod auto, yang bermakna ia boleh mengesan zarah (PM2.5) di dalam udara dan kemudian melaraskan kelajuan kipas, jadi bolehlah anda memikirkan tentang perkara lain.

Nombor artikel404.619.47

Butiran produk

Anda boleh tidur dengan pembersih udara terpasang kerana ia sangat senyap pada kelajuan kipas yang rendah. Jika bersambung pada aplikasi IKEA Home smart, anda juga boleh memadam lampu LED pada unit semasa masuk tidur.

Pereka

David Wahl

Nombor artikel404.619.47

Maklumat berguna

Pembersih udara dilengkapi dengan penapis zarah agar ia membersihkan udara daripada pelbagai zarah secekap mungkin. Anda juga boleh membeli penapis gas dan gunakan dua penapis ini bersama-sama.

Membersihkan udara dalam ruang sehingga 20 meter persegi, bergantung pada jenis kelajuan kipas yang ditetapkan pada pembersih udara.

Akan memerlukan masa lebih lama untuk membersihkan udara jika ruang lebih besar daripada 20 meter persegi, tetapi anda sentiasa boleh menggunakan beberapa alat pembersih udara untuk meliputi kawasan yang lebih besar.

Penapis zarah dioptimumkan untuk menapis kira-kira 99.5 % daripada zarah bawaan udara yang lebih kecil seperti zarah PM2.5, habuk dan debunga.

PM2.5 ialah zarah kecil yang boleh disedut, yang berukuran 0.1-2.5 mikrometer.

Penapis gas (dijual berasingan) membersihkan udara daripada pelbagai bahan pencemar gas seperti formaldehid, yang terdapat dalam benda seperti produk pembersihan/isi rumah serta pelbagai jenis fabrik dan bahan.

Penapis gas membantu mengurangkan bau asap, bau masakan dan bau lain yang tidak menyenangkan yang mungkin ada di rumah.

Anda boleh menetapkan pembersih udara kepada 5 kelajuan kipas yang berbeza-beza dan dengan itu boleh menyesuaikannya mengikut keperluan rumah anda atau menggunakannya secara mod automatik.

Anda boleh menyembunyikan kabel di bahagian dalam alat pembersih udara untuk mengelakkan keselerakan kabel.

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Plat penutup:
100% poliester, Papan lapis
Penutup/ Bahagian bawah/ Panel kawalan/ Tombol/ Rangka/ Cangkuk:
Plastik ABS
Kaki:
Keluli, Salutan serbuk

Penjagaan

Kesat sehingga bersih dengan kain lembap.

Selepas dibersihkan, pastikan dikesat sehingga kering dengan kain lembut.

Keselamatan dan pematuhan

Letakkan pembersih udara di tempat aliran udara tidak dihalang oleh objek lain.

Maklumat teknikal

STARKVIND

Pembersih udara, putih/pintar

Nombor artikel404.619.47
Saiz bilik yang disyorkan20 m2 (215 kaki persegi)
CADR (Kadar Penghantaran Udara Bersih) dengan penapis zarah55 - 270 m3/j (32 - 158 CFM)
CADR (Kadar Penghantaran Udara Bersih) dengan penapis zarah dan gas50 - 240 m3/j (30 - 141 CFM)
Watt maksimum33 W
Jenis penapis sedia adaPenapis zarah & penapis gas
Jenis penapis zarah (termasuk dalam pakej)EPA 12 (EN 1822-1, ISO 29463-3)
Kecekapan penapis zarah99.5%

Pengukuran

  • Panjang kord: 1.50 m
  • Tinggi: 53 cm
  • Dalam: 19 cm
  • Lebar: 51 cm

Bungkusan

STARKVIND

Nombor artikel404.619.47
  • Lebar: 56 cm
  • Tinggi: 25 cm
  • Panjang: 56 cm
  • Berat: 7.67 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

5Purata pengadaran
3Ulasan

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini