Bagaimana untuk mendapatkannya
Bangku boleh lipat dengan tempat duduk kanvas yang selesa dan tahan lama ini mudah dibawa berkelah di taman atau makan tengah hari dalam persekitaran semula jadi. Ia padan benar dengan meja SOLUPPGÅNG kerana kaki kayu putihnya!
Butiran produk
Ringan dan boleh dilipat – mudah dibawa di bawah lengan anda!
Kemasan kayu putih dan ketinggian menjadikan bangku padan benar dengan meja SOLUPPGÅNG.
Reka bentuk yang tak makan dek zaman menjadikan siri ini mudah diletakkan dan sesuai untuk apa sahaja persekitaran yang berbeza-beza.
Bangku boleh menahan pengendalian yang kasar semasa jalan-jalan yang panjang kerana adanya fabrik kanvas yang tahan lama dan tahan lasak pada tempat duduk.
Ola Wihlborg
Maklumat berguna
Boleh diasingkan untuk pengitaran semula atau pemulihan tenaga sekiranya tersedia ada dalam komuniti anda.
Disyorkan untuk kegunaan luar rumah.
Melindungi perabot luar anda daripada hujan, cahaya matahari, kotoran, habuk, debunga dan salji apabila tidak digunakan.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Rangka:
- Kayu putih padu, Pewarna akrilik
- Fabrik:
- Poliester 100% (pengitaran semula min. 90%)
Penjagaan
Cara terbaik untuk memanjangkan usia perabot kayu diluar bangunan ialah dengan mencucinya dengan kerap dan tidak membiarkan di luar rumah tanpa perlindungan lebih dari yang diperlukan.
Pembersihan: Dengan larutan bahan cuci lembut. Lap kering dengan kain kering yang bersih.
Penyelenggaraan: Untuk mengelakkan permukaan kering dan merekah serta kelembapan daripada menembusi masuk ke dalam kayu, kami mengesyorkan agar anda selalu mewarnakan perabot, misalnya sekali atau dua kali setahun.
Storan: Jika boleh, simpan di tempat kering, dingin. Jika perabot disimpan di luar, tutup dengan penutup kalis air. Selepas hujan atau salji, kesat lebihan air atau salji dari permukaan yang rata. Biarkan udara beredar bagi mengelakkan pemeluwapan.
Untuk meningkatkan kestabilan perabot anda, ketatkan semula skru sekurang-kurangnya sekali setiap musim.
Jangan gunakan bahan peluntur.
Jangan guna mesin pengering.
Jangan seterika.
Jangan lakukan cucian kering.
Kesan kotoran yang sedikit boleh ditanggalkan menggunakan pencuci tekstil atau span lembap atau larutan sabun lembut.
Cucian tangan sahaja.
Keselamatan dan pematuhan
Pengukuran
- Tinggi: 40 cm
- Panjang: 43 cm
- Dalam tempat duduk: 32.5 cm
- Lebar tempat duduk: 32 cm
- Lebar: 38 cm
Bungkusan
SOLUPPGÅNG
Nombor artikel506.213.04- Lebar: 43 cm
- Tinggi: 8 cm
- Panjang: 53 cm
- Berat: 1.15 kg
- Bungkusan: 1
Aksesori untuk SOLUPPGÅNG
Produk Berkaitan
Terokai lebih banyak pilihan
Disyorkan untuk anda
Pandangan pereka
Pandangan pereka
Saya banyak menghabiskan masa di luar rumah, jadi sumbangan saya untuk koleksi SOLUPPGÅNG berdasarkan barangan yang saya sendiri ingin bawa bersama. Rekaannya ringkas dan minimalis, dengan memberi fokus pada bahan serta fungsi. Secara keseluruhan, produk-produk ini membentuk satu set lengkap yang menyediakan kebanyakan keperluan untuk aktiviti luar yang menyeronokkan. Anda juga boleh menggunakannya di rumah, jadi tidak perlu menyimpannya jauh. Biarkan ia kelihatan dan menjadi inspirasi untuk menyediakan hidangan menarik serta merancang aktiviti luar di hutan dan padang!






