SLÄKT / NATTAPA Rangka katil, storan + rel adang
Bagaimana untuk mendapatkannya
Menyemak ketersediaan...Tepi lembut, pemegang berlekuk dan hanya sedikit kelengkapan yang kelihatan membuatkan rangka katil selamat dan menghasilkan reka bentuk yang kemas.

Laci mudah dibuka dan ada ruang yang cukup luas untuk mainan, pakaian dan lain-lain alatan yang remaja selalunya gemar 'simpan' di atas lantai.
Anda dengan mudah boleh menyesuaikan rupa yang abadi berdasarkan cita rasa dan gaya peribadi dengan melengkapkannya dengan tekstil katil, bantal dan aksesori yang berbeza-beza.
Bilah melengkung dengan rasa berenjut melaras mengikut berat badan anda dan mewujudkan dasar yang anjal untuk tilam.
Bilah dijarakkan bagi menyediakan sokongan yang baik untuk tilam spring dan juga busa.
Dasar katil berbilah disertakan.
Tilam dan cadar dijual secara berasingan.
Dasar katil berbilah LUROY termasuk di dalam harga, tetapi dibungkus berasingan.
- Bagi mengelakkan risiko kecederaan yang serius, jarak antara katil dan dinding hendaklah sentiasa kurang daripada 65 mm atau lebih daripada 230 mm.Adalah penting tidak menskru cangkuk atau pemegang pada katil atau menggantung tali atau talipinggang yang boleh memerangkap kanak-kanak apabila sedang bermain.Dasar katil berbilah ini boleh digunakan dengan rangka katil IKEA. Jika digunakan dengan rangka katil yang lain, sila periksa konstruksi.Katil ini telah diuji dan mematuhi piawaian Eropah EN 1725.

Produk ini terdiri daripada lebih daripada satu komponen. Anda boleh mendapatkan butiran komponen ini di bawah.
Ulasan pelanggan
Produk berkaitan
Terokai lebih banyak pilihan
Disyorkan untuk anda
Proses rekabentuk
Dihasilkan bersama dengan kanak-kanak
Kanak-kanak adalah orang yang paling penting di dunia dan kami ingin tahu apa yang mereka ingin katakan kerana kami menghasilkan produk untuk mereka! Oleh itu, kami mengajak kanak-kanak ke sesi kreatif dan suka bermain di tempat mereka dapat mengambil bahagian dalam pembangunan produk kami. Di sini mereka boleh meluahkan diri mereka dengan bebas dan melukis, menunjukkan atau memberitahu kami apa yang penting bagi mereka. Pendapat mereka mempengaruhi keputusan kami dan menjadikan produk kami lebih baik. Lagipun, mereka pakar.







