Dalam koleksi tekstil katil, mainan dan aksesori ini, kita berkenalan dengan haiwan tipikal Scandinavia. Selain keluarga landak kecil dan rakan-rakan mereka, terdapat musang arktik putih, memerang, lynx dan banyak lagi. "Pereka Malin Gyllensvaan telah mewjudkan dunia yang indah dengan ilustrasi penuh rician menarik: seekor tikus tidur di buaian, seekor lagi memakai tali leher. Ia hidup seperti manusia, dan diharapkan ia mengilhamkan kanak-kanak dan juga orang dewasa untuk mereka cerita sebelum tidurnya sendiri." Mainan lembut menjadikan watak-watak ini direalisasikan dan menjadi sebahagian daripada permainan. “Kami tahu kanak-kanak suka akan mainan lembut yang realistik, jadi kami memberi perhatian besar pada ekspresi wajah dan emosi.”
SKOGSDUVA Sarung duvet dan sarung bantal, pelbagai warna/corak hutan, 150x200/50x80 cm
Bagaimana untuk mendapatkannya
Pada sarung selimut kapas/viskos lembut ini, rubah artik putih sedia berpakaian dengan selendang hijau yang cantik. Ia datang melawat tikus yang sedang berehat di buaian di luar rumah cendawan.
- Kapas/Viskos
- Kiraan benang: 310 inci² / 122 /cm²

Pada sarung duvet ini, si tetikus kecil sedang berehat di buaian rajutnya. Mungkin untuk berasa bertenaga apabila tiba masanya untuk minum teh bersama dengan landak kecil pada beg storan dalam koleksi SKOGSDUVA?
Riben hiasan memastikan duvet tidak beralih.
Mudah untuk menjaganya agar bersih; cucian menggunakan air panas pada mesin basuh (60°C).
Hadiah yang benar-benar sesuai untuk kanak-kanak yang terpesona dengan hutan dan menyukai haiwan yang tinggal di situ.

Aksesori untuk SKOGSDUVA
Produk berkaitan
Terokai lebih banyak pilihan
Disyorkan untuk anda

Melangkah masuk ke dalam hutan ajaib
Jauh di dalam hutan yang sunyi, terdapat kehidupan rahsia yang sedang dillalui. Keluarga landak kecil tinggal di dalam tunggul pokok dan menjemput burung hantu, arnab serta rakan-rakan lain untuk minum teh. Di luar, bulan bersinar dan di celah-celah pokok, tiba-tiba kelihatan cahaya aurora hijau menerangi langit.
"SKOGSDUVA ialah koleksi yang membawa kita ke dalam hutan magis yang menjadi sebahagian besar akar Scandinavia di IKEA, kata Anna Edlundh, pembangun produk. “Hutan mungkin kelihatan sunyi dan kosong, namun jika diperhatikan lebih dekat, ia penuh dengan kehidupan dengan haiwan dan tumbuhan yang menarik — walaupun pada musim sejuk yang dingin.”
Dunia untuk berfantasi
Lembut bagai lumut
Salah satu kegemaran peribadi Anna ialah ambal hijau. “Ia lembut dan selesa, seperti lumut di dalam hutan, dan sesuai untuk bermain.” “Kusyen dalam koleksi ini menjadi seperti bunga dan cendawan lembut yang muncul dari atas ambal.” Anna berharap koleksi ini dapat menyumbang kepada minat dan pemahaman tentang hutan. “Apapun hutan pada akhirnya ialah rumah kepada haiwan dan tumbuhan, dan sebab itulah amat penting untuk kita membantu memeiharanya.”
Bahan
Paduan kapas lembut dan viskos berkilau
Sarung duvet kapas/viskos memberikan keseimbangan yang harmoni antara keselesaan dan ketahanan. Kapas lembut ialah gentian semula jadi yang mengalirkan udara dan menyerap kelembapan, manakala viskos, yang diperbuat daripada pulpa kayu licin seperti sutera, cepat kering serta mempunyai kilauan yang indah. Bersama-sama ia menghasilkan sarung selimut yang tahan lama dan mudah dijaga yang mengawal suhu badan secara semula jadi serta memastikan anak anda kekal kering dan sejuk dengan selesa sepanjang malam. Sesuai untuk mimpi yang indah.









