Langkau ke kandungan utama
Lagi daripada Koleksi SKOGSDUVA

SKOGSDUVA Mainan lembut, lynx/jingga coklat, 63 cm

Harga RM 69

Bagaimana untuk mendapatkannya

Produk berkaitan

SKOGSDUVA
405.786.69

Diperbuat daripada poliester kitar semula yang lembut dan nyaman pada kulit bayi yang sensitif.

Ciri-ciri produk
  • Boleh dibasuh mesin
Maklumat lanjut
SKOGSDUVA Mainan lembut, lynx/jingga coklat, 63 cm

Ulasan pelanggan

4.9Ulasan: 4.9 daripada 5 bintang. Jumlah ulasan: 17Purata pengadaran
17Ulasan
4.9Ulasan: 4.9 daripada 5 bintang. Jumlah ulasan: 17Purata pengadaran
17Ulasan
SKOGSDUVA Mainan lembut, lynx/jingga coklat, 63 cm

Melangkah masuk ke dalam hutan ajaib

Jauh di dalam hutan yang sunyi, terdapat kehidupan rahsia yang sedang dillalui. Keluarga landak kecil tinggal di dalam tunggul pokok dan menjemput burung hantu, arnab serta rakan-rakan lain untuk minum teh. Di luar, bulan bersinar dan di celah-celah pokok, tiba-tiba kelihatan cahaya aurora hijau menerangi langit.

"SKOGSDUVA ialah koleksi yang membawa kita ke dalam hutan magis yang menjadi sebahagian besar akar Scandinavia di IKEA, kata Anna Edlundh, pembangun produk. “Hutan mungkin kelihatan sunyi dan kosong, namun jika diperhatikan lebih dekat, ia penuh dengan kehidupan dengan haiwan dan tumbuhan yang menarik — walaupun pada musim sejuk yang dingin.”

Dunia untuk berfantasi

Dalam koleksi tekstil katil, mainan dan aksesori ini, kita berkenalan dengan haiwan tipikal Scandinavia. Selain keluarga landak kecil dan rakan-rakan mereka, terdapat musang arktik putih, memerang, lynx dan banyak lagi. "Pereka Malin Gyllensvaan telah mewjudkan dunia yang indah dengan ilustrasi penuh rician menarik: seekor tikus tidur di buaian, seekor lagi memakai tali leher. Ia hidup seperti manusia, dan diharapkan ia mengilhamkan kanak-kanak dan juga orang dewasa untuk mereka cerita sebelum tidurnya sendiri." Mainan lembut menjadikan watak-watak ini direalisasikan dan menjadi sebahagian daripada permainan. “Kami tahu kanak-kanak suka akan mainan lembut yang realistik, jadi kami memberi perhatian besar pada ekspresi wajah dan emosi.”

Lembut bagai lumut

Salah satu kegemaran peribadi Anna ialah ambal hijau. “Ia lembut dan selesa, seperti lumut di dalam hutan, dan sesuai untuk bermain.” “Kusyen dalam koleksi ini menjadi seperti bunga dan cendawan lembut yang muncul dari atas ambal.” Anna berharap koleksi ini dapat menyumbang kepada minat dan pemahaman tentang hutan. “Apapun hutan pada akhirnya ialah rumah kepada haiwan dan tumbuhan, dan sebab itulah amat penting untuk kita membantu memeiharanya.”

Kualiti/ketahanan

Pasti, comel tetapi adakah ia selamat? Sudah tentu!

Anda boleh yakin bahawa semua produk kanak-kanak kami memenuhi piawaian kesihatan dan keselamatan tertinggi. Kami menguji mainan kami – dengan ujian paling ketat di dunia (jauh lebih ketat daripada kanak-kanak dua tahun). Semua ini supaya anda bimbang lebih sedikit, dan mereka boleh bermain lebih banyak.

Fungsi penyelesaian

Mainan lembut untuk dipeluk, berulang kali.

Kami tahu mainan lembut kami mampu memberikan kasih sayang selama bertahun-tahun. Itulah sebabnya kami memilih bahan yang selesa, menjahit mata dengan sulaman, menjalankan ujian cucian yang ketat – dan memastikan ia diuji untuk bahan kimia berbahaya. Mudah dijaga dan kekal segar kerana boleh dicuci menggunakan mesin.

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini

Lagi daripada Koleksi SKOGSDUVA

Aksesori untuk SKOGSDUVA