Dalam koleksi tekstil katil, mainan dan aksesori ini, kita berkenalan dengan haiwan tipikal Scandinavia. Selain keluarga landak kecil dan rakan-rakan mereka, terdapat musang arktik putih, memerang, lynx dan banyak lagi. "Pereka Malin Gyllensvaan telah mewjudkan dunia yang indah dengan ilustrasi penuh rician menarik: seekor tikus tidur di buaian, seekor lagi memakai tali leher. Ia hidup seperti manusia, dan diharapkan ia mengilhamkan kanak-kanak dan juga orang dewasa untuk mereka cerita sebelum tidurnya sendiri." Mainan lembut menjadikan watak-watak ini direalisasikan dan menjadi sebahagian daripada permainan. “Kami tahu kanak-kanak suka akan mainan lembut yang realistik, jadi kami memberi perhatian besar pada ekspresi wajah dan emosi.”
SKOGSDUVA Kusyen dengan poket, bentuk oak/coklat, 32x37 cm
Bagaimana untuk mendapatkannya
Dengan beberapa kusyen hiasan tambahan di atas katil, sofa atau di sudut yang selesa, bilik kanak-kank akan berasa lebih nyaman.

Diperbuat daripada poliester kitar semula yang lembut dan nyaman pada kulit bayi yang sensitif.
Telah diuji dan tidak mengandungi bahan, ftalat atau bahan kimia yang boleh membahayakan kulit atau kesihatan anak anda.
Zip pada produk kanak-kanak kami tidak ada penyangkut tarik. Ini menjadikannya lebih selamat untuk kanak-kanak kecil, tetapi mudah untuk dibuka untuk kanak-kanak yang lebih besar.
Mudah dibersihkan kerana kusyen boleh dibasuh mesin.

Ulasan pelanggan
Produk berkaitan
Terokai lebih banyak pilihan
Disyorkan untuk anda

Melangkah masuk ke dalam hutan ajaib
Jauh di dalam hutan yang sunyi, terdapat kehidupan rahsia yang sedang dillalui. Keluarga landak kecil tinggal di dalam tunggul pokok dan menjemput burung hantu, arnab serta rakan-rakan lain untuk minum teh. Di luar, bulan bersinar dan di celah-celah pokok, tiba-tiba kelihatan cahaya aurora hijau menerangi langit.
"SKOGSDUVA ialah koleksi yang membawa kita ke dalam hutan magis yang menjadi sebahagian besar akar Scandinavia di IKEA, kata Anna Edlundh, pembangun produk. “Hutan mungkin kelihatan sunyi dan kosong, namun jika diperhatikan lebih dekat, ia penuh dengan kehidupan dengan haiwan dan tumbuhan yang menarik — walaupun pada musim sejuk yang dingin.”
Dunia untuk berfantasi
Lembut bagai lumut
Salah satu kegemaran peribadi Anna ialah ambal hijau. “Ia lembut dan selesa, seperti lumut di dalam hutan, dan sesuai untuk bermain.” “Kusyen dalam koleksi ini menjadi seperti bunga dan cendawan lembut yang muncul dari atas ambal.” Anna berharap koleksi ini dapat menyumbang kepada minat dan pemahaman tentang hutan. “Apapun hutan pada akhirnya ialah rumah kepada haiwan dan tumbuhan, dan sebab itulah amat penting untuk kita membantu memeiharanya.”







