Langkau ke kandungan utama
Lagi daripada Koleksi SKOGSDUVA

SKOGSDUVA Kusyen, berbentuk silinder/coklat, 80 cm

Harga RM 55

Bagaimana untuk mendapatkannya

Menyemak ketersediaan...

Produk berkaitan

SKOGSDUVA

905.782.90

Kusyen berbentuk silinder ini seperti batang pokok dan memberikan sokongan yang selesa kepada anak anda untuk kepala, belakang bawah, lengan atau lutut – sama ada di atas katil atau lantai. Adakah anda mengenali serangga yang merayap di kulit kayu itu?

Maklumat lanjut
  • Jenis bahan

    Sarung kusyen:
    100% kapas
    Fabrik bahagian dalam:
    Poliester 100 % (kitar semula 100%)
    Isi:
    Poliester 100 % - gentian berongga (kitar semula 100%)

    Penjagaan

    Sarung kusyen

    Pengecutan maksimum 4%.

    Dibasuh mesin, maksimum 40°C, proses normal.

    Terbalikkan sarung dan zipkan sebelum membasuhnya.

    Jangan gunakan bahan peluntur.

    Pengeringan balik kuang, suhu rendah (maksimum 60°C).

    Seterika, maksimum 200°C.

    Jangan lakukan cucian kering.

    Basuh produk ini sebelum kali pertama digunakan.

    Kusyen dalaman

    Dibasuh mesin, maksimum 40°C, proses lembut.

    Jangan gunakan bahan peluntur.

    Jangan guna mesin pengering.

    Jangan seterika.

    Jangan lakukan cucian kering.

SKOGSDUVA Kusyen, berbentuk silinder/coklat, 80 cm

Ulasan pelanggan

5Ulasan: 5 daripada 5 bintang. Jumlah ulasan: 2Purata pengadaran
2Ulasan
5Ulasan: 5 daripada 5 bintang. Jumlah ulasan: 2Purata pengadaran
2Ulasan

Lihat oleh anda

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini

Terokai lebih banyak pilihan

SKOGSDUVA Kusyen, berbentuk silinder/coklat, 80 cm

Melangkah masuk ke dalam hutan ajaib

Jauh di dalam hutan yang sunyi, terdapat kehidupan rahsia yang sedang dillalui. Keluarga landak kecil tinggal di dalam tunggul pokok dan menjemput burung hantu, arnab serta rakan-rakan lain untuk minum teh. Di luar, bulan bersinar dan di celah-celah pokok, tiba-tiba kelihatan cahaya aurora hijau menerangi langit.

"SKOGSDUVA ialah koleksi yang membawa kita ke dalam hutan magis yang menjadi sebahagian besar akar Scandinavia di IKEA, kata Anna Edlundh, pembangun produk. “Hutan mungkin kelihatan sunyi dan kosong, namun jika diperhatikan lebih dekat, ia penuh dengan kehidupan dengan haiwan dan tumbuhan yang menarik — walaupun pada musim sejuk yang dingin.”

Dunia untuk berfantasi

Dalam koleksi tekstil katil, mainan dan aksesori ini, kita berkenalan dengan haiwan tipikal Scandinavia. Selain keluarga landak kecil dan rakan-rakan mereka, terdapat musang arktik putih, memerang, lynx dan banyak lagi. "Pereka Malin Gyllensvaan telah mewjudkan dunia yang indah dengan ilustrasi penuh rician menarik: seekor tikus tidur di buaian, seekor lagi memakai tali leher. Ia hidup seperti manusia, dan diharapkan ia mengilhamkan kanak-kanak dan juga orang dewasa untuk mereka cerita sebelum tidurnya sendiri." Mainan lembut menjadikan watak-watak ini direalisasikan dan menjadi sebahagian daripada permainan. “Kami tahu kanak-kanak suka akan mainan lembut yang realistik, jadi kami memberi perhatian besar pada ekspresi wajah dan emosi.”

Lembut bagai lumut

Salah satu kegemaran peribadi Anna ialah ambal hijau. “Ia lembut dan selesa, seperti lumut di dalam hutan, dan sesuai untuk bermain.” “Kusyen dalam koleksi ini menjadi seperti bunga dan cendawan lembut yang muncul dari atas ambal.” Anna berharap koleksi ini dapat menyumbang kepada minat dan pemahaman tentang hutan. “Apapun hutan pada akhirnya ialah rumah kepada haiwan dan tumbuhan, dan sebab itulah amat penting untuk kita membantu memeiharanya.”

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini

Lagi daripada Koleksi SKOGSDUVA