Dalam koleksi tekstil katil, mainan dan aksesori ini, kita berkenalan dengan haiwan tipikal Scandinavia. Selain keluarga landak kecil dan rakan-rakan mereka, terdapat musang arktik putih, memerang, lynx dan banyak lagi. "Pereka Malin Gyllensvaan telah mewjudkan dunia yang indah dengan ilustrasi penuh rician menarik: seekor tikus tidur di buaian, seekor lagi memakai tali leher. Ia hidup seperti manusia, dan diharapkan ia mengilhamkan kanak-kanak dan juga orang dewasa untuk mereka cerita sebelum tidurnya sendiri." Mainan lembut menjadikan watak-watak ini direalisasikan dan menjadi sebahagian daripada permainan. “Kami tahu kanak-kanak suka akan mainan lembut yang realistik, jadi kami memberi perhatian besar pada ekspresi wajah dan emosi.”
SKOGSDUVA Ambal, pail tinggi, hijau, 133x160 cm
Bagaimana untuk mendapatkannya
Banyak bilik permainan terletak di ruang yang dikongsi, jadi permaidani boleh membantu mewujudkan satu kawasan yang jelas menandakan di mana "bilik permainan" anak berada.
Butiran produk
Pelapik getah mengekalkan ambal di tempatnya semasa kanak-kanak berlari/bermain di atasnya.
Permainan kanak-kanak boleh menuntut keperluan yang sukar pada persekitaran, sesuatu yang juga terpakai pada ambal. Itulah sebabnya ambal diperbuat daripada gentian sintetik yang tahan lama dan tahan kotoran yang mudah dijaga.
Kami tahu bahawa kulit kanak-kanak adalah lebih sensitif, tetapi jangan risau. Produk ini telah diuji dan tidak mengandungi sebarang bahan, ftalat atau bahan kimia yang boleh membahayakan kulit atau kesihatan anak anda.
Dengan mainan, tekstil dan aksesori dalam koleksi SKOGSDUVA, kami ingin mencetuskan rasa ingin tahu dan menginspirasikan kanak-kanak untuk mengetahui lebih lanjut tentang keajaiban hutan Nordic dan asal-usul Scandinavia kami.
Malin Gyllensvaan
Maklumat berguna
Boleh dipadankan dengan produk lain dari koleksi SKOGSDUVA.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Pail:
- Poliester 100% (pengitaran semula min. 90%)
- Fabrik dasar:
- Poliester 100 % (minimum kitar semula 80%)
- Dasar:
- Plastik EVA 100 %
- Pelapik:
- Getah sintetik 100 %
Penjagaan
Cuci menggunakan tangan, maksimum 40°C.
Jangan gunakan bahan peluntur.
Jangan guna mesin pengering.
Jangan seterika.
Jangan lakukan cucian kering.
Kerap vakum dan pusingkan ambal.
Keselamatan dan pematuhan
Pengukuran
- Kawasan: 2.13 m²
- Panjang: 160 cm
- Lebar: 133 cm
Bungkusan
SKOGSDUVA
Nombor artikel205.782.79- Panjang: 134 cm
- Berat: 3.38 kg
- Diameter: 16 cm
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Produk Berkaitan
Terokai lebih banyak pilihan
Disyorkan untuk anda

Melangkah masuk ke dalam hutan ajaib
Jauh di dalam hutan yang sunyi, terdapat kehidupan rahsia yang sedang dillalui. Keluarga landak kecil tinggal di dalam tunggul pokok dan menjemput burung hantu, arnab serta rakan-rakan lain untuk minum teh. Di luar, bulan bersinar dan di celah-celah pokok, tiba-tiba kelihatan cahaya aurora hijau menerangi langit.
"SKOGSDUVA ialah koleksi yang membawa kita ke dalam hutan magis yang menjadi sebahagian besar akar Scandinavia di IKEA, kata Anna Edlundh, pembangun produk. “Hutan mungkin kelihatan sunyi dan kosong, namun jika diperhatikan lebih dekat, ia penuh dengan kehidupan dengan haiwan dan tumbuhan yang menarik — walaupun pada musim sejuk yang dingin.”
Dunia untuk berfantasi
Lembut bagai lumut
Salah satu kegemaran peribadi Anna ialah ambal hijau. “Ia lembut dan selesa, seperti lumut di dalam hutan, dan sesuai untuk bermain.” “Kusyen dalam koleksi ini menjadi seperti bunga dan cendawan lembut yang muncul dari atas ambal.” Anna berharap koleksi ini dapat menyumbang kepada minat dan pemahaman tentang hutan. “Apapun hutan pada akhirnya ialah rumah kepada haiwan dan tumbuhan, dan sebab itulah amat penting untuk kita membantu memeiharanya.”






