Langkau ke kandungan utama
Lagi daripada Siri SKANSNÄS
Baharu

SKANSNÄS Meja boleh dipanjangkan, coklat kayu bic/venir, 115/170 cm

Harga RM 3699
Bagi mengelakkan calar pada permukaan, lengkapkan dengan pelindung lantai lekat sendiri TRIXIG, dijual secara berasingan.

Lengkap dengan

SKANSNÄS Kerusi, coklat kayu bic
Baharu

SKANSNÄS Kerusi

Harga RM 475
  • Kayu padu
  • Venir kayu
  • Diuji untuk: 110 kg

Bagaimana untuk mendapatkannya

SKANSNÄS
505.632.38

Meja SKANSNÄS menawarkan gaya moden yang diilhamkan oleh warisan reka bentuk Scandinavia. Keanggunan kayu dibuat untuk penggunaan bertahun-tahun berkat bingkai kukuh, permukaan meja venir tebal dan sambungan daun rama-rama yang licin.

Ciri-ciri produk
  • Venir kayu
  • Boleh dipanjangkan
Maklumat lanjut
SKANSNÄS Meja boleh dipanjangkan, coklat kayu bic/venir, 115/170 cm

Ulasan pelanggan

5Ulasan: 5 daripada 5 bintang. Jumlah ulasan: 14Purata pengadaran
14Ulasan
5Ulasan: 5 daripada 5 bintang. Jumlah ulasan: 14Purata pengadaran
14Ulasan

Aksesori untuk SKANSNÄS

Lihat oleh anda

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini

Produk berkaitan

Disyorkan untuk anda

SKANSNÄS Meja boleh dipanjangkan, coklat kayu bic/venir, 115/170 cm

Pengalaman menjamu selera yang merentas zaman.

Selepas mereka bentuk dan mengeluarkan perabot selama lebih daripada 70 tahun, terdapat pelbagai koleksi menarik dalam arkib kami yang boleh menjadi inspirasi bagi reka bentuk perabot baharu. Sememangnya, tidak semua perkara lebih baik pada masa lalu, terutamanya dari segi keselesaan dan fleksibiliti, jadi penting untuk mendedikasikan reka bentuk berdasarkan keperluan kita hari ini, seperti yang telah kami lakukan dengan siri SKANSNÄS.

Tahun 1950-an dan 60-an ialah zaman keemasan dalam sejarah reka bentuk Scandinavia. Garis reka bentuk menjadi lebih kemas dan bahannya memberi keunikan tersendiri. Dalam arkib kami, Pereka Mikael Axelsson mendapati satu peti harta karun inspirasi yang sebenar. "Antara kebiasaan pada zaman itu ialah kerusi yang luas dengan penyandar belakang yang lebar tanpa skru atau kelengkapan yang kelihatan," jelas Mikael. "Namun, perabot itu dijual dalam keadaan telah siap dipasang, dan pek rata belum lagi menemui kejayaannya pada masa tersebut." Hari ini, palam kayu pintar kami, iaitu pasak baji, membolehkan anda memasang kerusi SKANSNÄS dengan mudah. Dan palam tersebut tidak kelihatan dari luar!”

Kerusi untuk bersandar

Meskipun banyak kerusi dalam arkib sangat selesa, kami mahu memberikan keselesaan yang jauh lebih baik. Melalui proses percubaan, Mikael dan pasukannya berusaha mencari sudut penyandar yang paling sesuai dan menghasilkan tempat duduk yang sangat selesa untuk diduduki dalam jangka masa panjang. "Kami memilih kord kertas untuk tempat duduk kerana ia kukuh dan memberikan apungan yang selesa apabila anda duduk di atasnya."

Untuk majlis makan malam kecil dan besar

Siri SKANSNÄS diperbuat daripada kayu bic, sejenis kayu yang keras dan tahan lama dengan ira kayu yang indah – sama seperti kebanyakkan perabot dalam arkib reka bentuk. Namun, hari ini kebanyakan daripada kita menetapkan permintaan yang lebih tinggi terhadap fleksibiliti. Meja-meja ini mempunyai sistem sambungan yang dipanggil sambungan 'rama-rama'. Apabila rumah penuh dengan tetamu, anda dapat membukanya dengan mudah dan memanjangkan meja dalam beberapa saat. "Meja dan kerusi SKANSNÄS direka supaya anda boleh bersandar dan menikmati majlis makan malam kecil mahupun besar untuk bertahun-tahun lamanya." Dan siapa tahu, mungkin ia juga akan menjadi harta karun dalam arkib yang memberi inspirasi kepada pereka pada masa depan.

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini

Lagi daripada Siri SKANSNÄS