Meskipun banyak kerusi dalam arkib sangat selesa, kami mahu memberikan keselesaan yang jauh lebih baik. Melalui proses percubaan, Mikael dan pasukannya berusaha mencari sudut penyandar yang paling sesuai dan menghasilkan tempat duduk yang sangat selesa untuk diduduki dalam jangka masa panjang. "Kami memilih kord kertas untuk tempat duduk kerana ia kukuh dan memberikan apungan yang selesa apabila anda duduk di atasnya."
Bagaimana untuk mendapatkannya
Menyemak ketersediaan...- Kayu padu
- Venir kayu
- Diuji untuk: 110 kg
- Sesuai untuk perniagaan
Jenis bahan
- Rangka tepi/ Selusur silang:
- Kayu bic padu, Pelekat, Berwarna, Lakuer jernih berwarna
- Tempat duduk:
- Keluli, Kertas, Salutan serbuk epoksi/poliester, Lakuer jernih
- Penyandar:
- Venir kayu lapis berglu, Venir bic, Berwarna, Lakuer jernih berwarna
Penjagaan
Lap sehingga bersih dengan kain yang dilembapkan di dalam bahan pencuci yang tidak begitu kuat.
Lap sehingga kering dengan kain yang bersih.
Jika diletakkan berdekatan radiator atau sumber haba yang lain, bahan boleh menjadi kering dan menjadi semakin rosak.
Untuk meningkatkan kestabilan, ketatkan semula skru selepas kira-kira dua minggu selepas pemasangan dan apabila perlu.
Mikael Axelsson
Hanya disyorkan untuk digunakan di dalam bangunan.
Pemutar skru mata bit diperlukan untuk memasang kerusi ini, dijual berasingan sebagai sebahagian daripada set alatan TRIXIG 15 unit.
Bagi mengelakkan calar pada permukaan, lengkapkan dengan pelindung lantai lekat sendiri TRIXIG, dijual secara berasingan.
Jenis bahan
- Rangka tepi/ Selusur silang:
- Kayu bic padu, Pelekat, Berwarna, Lakuer jernih berwarna
- Tempat duduk:
- Keluli, Kertas, Salutan serbuk epoksi/poliester, Lakuer jernih
- Penyandar:
- Venir kayu lapis berglu, Venir bic, Berwarna, Lakuer jernih berwarna
Penjagaan
Lap sehingga bersih dengan kain yang dilembapkan di dalam bahan pencuci yang tidak begitu kuat.
Lap sehingga kering dengan kain yang bersih.
Jika diletakkan berdekatan radiator atau sumber haba yang lain, bahan boleh menjadi kering dan menjadi semakin rosak.
Untuk meningkatkan kestabilan, ketatkan semula skru selepas kira-kira dua minggu selepas pemasangan dan apabila perlu.
- Perabot tempat duduk ini telah diuji dan mematuhi piawaian kekuatan dan ketahanan yang berkaitan. Ujian mensimulasikan penggunaan biasa produk dan berdasarkan penggunaan oleh orang dengan berat hingga 110 kg.Perabot tempat duduk ini telah diuji untuk kegunaan awam dan memenuhi syarat bagi keselamatan, ketahanan dan kestabilan seperti yang dinyatakan dalam standard berikut: EN 16139-Tahap 1.

- 505.672.60
1 × SKANSNÄS
Kerusi- Lebar: 54 cm
- Tinggi: 10 cm
- Panjang: 80 cm
- Berat: 6.69 kg
Ulasan pelanggan
Aksesori untuk SKANSNÄS
Produk berkaitan
Terokai lebih banyak pilihan
Disyorkan untuk anda

Pengalaman menjamu selera yang merentas zaman.
Selepas mereka bentuk dan mengeluarkan perabot selama lebih daripada 70 tahun, terdapat pelbagai koleksi menarik dalam arkib kami yang boleh menjadi inspirasi bagi reka bentuk perabot baharu. Sememangnya, tidak semua perkara lebih baik pada masa lalu, terutamanya dari segi keselesaan dan fleksibiliti, jadi penting untuk mendedikasikan reka bentuk berdasarkan keperluan kita hari ini, seperti yang telah kami lakukan dengan siri SKANSNÄS.
Tahun 1950-an dan 60-an ialah zaman keemasan dalam sejarah reka bentuk Scandinavia. Garis reka bentuk menjadi lebih kemas dan bahannya memberi keunikan tersendiri. Dalam arkib kami, Pereka Mikael Axelsson mendapati satu peti harta karun inspirasi yang sebenar. "Antara kebiasaan pada zaman itu ialah kerusi yang luas dengan penyandar belakang yang lebar tanpa skru atau kelengkapan yang kelihatan," jelas Mikael. "Namun, perabot itu dijual dalam keadaan telah siap dipasang, dan pek rata belum lagi menemui kejayaannya pada masa tersebut." Hari ini, palam kayu pintar kami, iaitu pasak baji, membolehkan anda memasang kerusi SKANSNÄS dengan mudah. Dan palam tersebut tidak kelihatan dari luar!”
Kerusi untuk bersandar
Untuk majlis makan malam kecil dan besar
Siri SKANSNÄS diperbuat daripada kayu bic, sejenis kayu yang keras dan tahan lama dengan ira kayu yang indah – sama seperti kebanyakkan perabot dalam arkib reka bentuk. Namun, hari ini kebanyakan daripada kita menetapkan permintaan yang lebih tinggi terhadap fleksibiliti. Meja-meja ini mempunyai sistem sambungan yang dipanggil sambungan 'rama-rama'. Apabila rumah penuh dengan tetamu, anda dapat membukanya dengan mudah dan memanjangkan meja dalam beberapa saat. "Meja dan kerusi SKANSNÄS direka supaya anda boleh bersandar dan menikmati majlis makan malam kecil mahupun besar untuk bertahun-tahun lamanya." Dan siapa tahu, mungkin ia juga akan menjadi harta karun dalam arkib yang memberi inspirasi kepada pereka pada masa depan.








