Langkau ke kandungan utama

PLATSA Unit para-para terbuka, putih, 60x40x180 cm

Harga RM 399

Bagaimana untuk mendapatkannya

Rak terbuka serba guna - boleh digunakan sebagai rak buku, storan pakaian atau sebagai ruang mempamerkan barangan kegemaran anda. Gunakan secara bersendirian atau gabungkan dengan bahagian lain dalam siri PLATSA.

Nombor artikel704.525.69

Butiran produk

Anda boleh menghasilkan penyelesaian storan dengan mudah yang sesuai mengikut keperluan dan ruang anda dengan menggabungkan rangka daripada ketinggian dan kedalaman yang berbeza-beza.

Beberapa rangka PLATSA boleh dipasangkan antara satu lain dengan mudah menggunakan klip yang disertakan. Ia mudah dilekapkan dan ditanggalkan tanpa menggunakan cangkuk dan anda boleh mengelakkan lubang skru daripada kelihatan pada bahagian luar.

Kaki LÄTTHET meninggikan kombinasi PLATSA anda dari lantai, menghasilkan rupa yang terang dan lapang serta memudahkan lantai di bawahnya dibersihkan.

Rangka yang sempit sangat sesuai di tempat yang ruangnya terhad.

Siri LÄTTHET menawarkan lebih banyak pilihan bahagian luar untuk ditambah pada rangka PLATSA anda.

Pereka

Ola Wihlborg

Nombor artikel704.525.69

Maklumat berguna

Bahan dinding yang berbeza-beza memerlukan jenis peranti pemasangan yang berbeza-beza. Gunakan peranti pemasangan yang sesuai untuk dinding rumah anda, yang dijual berasingan.

Jika meletakkan rangka PLATSA di atas lantai, ia mesti dilengkapkan dengan kaki LÄTTHET yang dijual berasingan.

Satu para-para menampung kira-kira 15 pasang seluar panjang atau 30 kemeja-T

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Panel/ Para boleh laras:
Keluli, Salutan serbuk epoksi/poliester, Isi kertas struktur indung madu (kitar semula 100%)
Rangka/ Panel belakang:
Keluli, Salutan serbuk epoksi/poliester

Penjagaan

Lap sehingga bersih dengan kain yang dilembapkan di dalam bahan pencuci yang tidak begitu kuat.

Lap sehingga kering dengan kain yang bersih.

Keselamatan dan pematuhan

AMARAN: Jangan gantung rangka ini pada dinding.Perabot ini hendaklah dipasang pada dinding.

Pemasangan dan dokumen

Pengukuran

  • Rangka, kedalaman: 40 cm
  • Lebar rangka: 60 cm
  • Tinggi rangka: 180 cm
  • Sistem, kedalaman: 42 cm

Bungkusan

PLATSA

Nombor artikel704.525.69
  • Lebar: 43 cm
  • Tinggi: 7 cm
  • Panjang: 186 cm
  • Berat: 19.10 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

4Ulasan: 4 daripada 5 bintang. Jumlah ulasan: 2Purata pengadaran
2Ulasan
4Ulasan: 4 daripada 5 bintang. Jumlah ulasan: 2Purata pengadaran
2Ulasan

Aksesori untuk PLATSA

Produk Berkaitan

Disyorkan untuk anda

PLATSA Unit para-para terbuka, putih, 60x40x180 cm

Storan yang berubah mengikut anda

Ruang kediaman kita ada kalanya terhad, dan menempatkan segala-galanya boleh menjadi satu cabaran. Dengan sistem storan PLATSA, kami ingin menghasilkan penyelesaian storan yang mudah dan boleh diubah suai yang boleh anda bina semula dan tambah, secara menegak atau mendatar, pada sisi atau di antaranya. Namun begitu, harga sepatutnya rendah namun kualitinya sepatutnya tinggi. Penyelesaiannya: kualiti yang betul di tempat yang betul.

"Anda hanya memerlukan tangan," kata pembangun produk Freddy Kramer sambil mengklik bersama-sama satu demi satu rangka PLATSA. Ya, mengklik. Rahsianya ialah sejenis palam yang dipanggil cemat baji. Freddy seterusnya menjelaskan mengapa memasang atau membuka rangka dengan mudah merupakan rincian penting. "Kehidupan manusia semakin berubah hari ini ─ kita lebih kerap berpindah, tinggal di ruang yang lebih kecil dan mungkin berkongsi rumah dengan orang lain pada masa-masa tertentu. Itulah sebabnya keperluan kita tidak kelihatan sama sepanjang hidup."

Rungkas dan bina semula

Freddy menunjukkan bagaimana rangka-rangka itu boleh disusun secara menegak, mendatar atau seperti anak tangga, kemudian dilengkapkan dengan para-para, bakul dawai, rel pakaian, laci dan pintu.para-para. "Malahan bahagian luar pun boleh digunakan. Anda boleh meletakkan cangkuk di sana atau rel pakaian yang dipasang di antara dua rangka."

Cinta dalam kotak putih

Kualiti adalah sama pentingnya dengan fleksibiliti dan kemudahan pemasangan agar PLATSA benar-benar tahan lama . Tetapi meningkatkan kualiti tanpa menambah harga bukanlah mudah. "Kualiti yang betul di tempat yang betul," kata Freddy lalu membuka pintu kabinet. "Di bahagian luar pintu ini, yang anda lihat dan sentuh setiap hari, kami telah menggunakan kerajang kusam dengan tekstur halus, manakala bahagian dalamnya, yang tidak begitu terdedah, disalut dengan kerajang asas yang lebih ringkas." Projek PLATSA mengambil banyak masa dan komitmen. Tetapi ia juga menyumbangkan hasil. "Kotak putih kosong untuk rangkai itu mungkin kelihatan tidak menarik pada pandangan pertama, tetapi sebenarnya ia adalah kotak putih yang diisi penuh dengan cinta," kata Freddy sambil tersenyum.

Baca lebih lanjut

Bahan

Apakah keluli?

Keluli mempunyai ciri-ciri unik apabila ia diregangkan dan dibentuk kerana ia kekal kuat. Ia memberikan kekuatan kepada segala-galanya daripada bangunan pencakar langit dan kereta hinggalah rangka katil dan perabot luar. Industri keluli sedang bergerak ke arah pengeluaran yang lebih cekap tenaga dan kualiti keluli yang lebih kukuh. Ia tidak kehilangan sebarang sifatnya apabila dikitar semula dan hari ini keluli merupakan salah satu bahan yang paling banyak dikitar semula di dunia.

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini

Lagi daripada