"Kami ingin rangkaian ini menjadi sesuatu yang anda pasti rasa bangga ada di rumah anda dari perspektif gaya, satu-satunya perbezaan ialah dari segi fungsi, ia lebih mesra pengguna dan menyokong." Bagi Britt, salah satu yang paling menonjol ialah pendekatan baharu terhadap pinggan mangkuk meja. "Saya telah menemu bual orang yang tinggal di rumah warga emas dan satu perkara yang menonjol ialah ramai orang berhenti menggunakan porselin mereka semasa makan kerana mereka takut ia akan pecah, atau mereka mungkin berasa kekok menggunakannya," kata Britt. Rangkaian OMTÄNKSAM membantu orang ramai mengekalkan kebebasan mereka dan melakukan perkara-perkara yang mereka sentiasa mampu lakukan, sama ada memakai kasut, menikmati minuman ataupun bangun dari kerusi mereka.
OMTÄNKSAM Pengiah kasut, antrasit
Bagaimana untuk mendapatkannya
Pengiah kasut logam yang kukuh dan juga lebih panjang, jadi anda tidak perlu membongkok semasa memakai kasut. Sebahagian daripada koleksi OMTÄNKSAM – produk yang dapat membantu anda dalam kehidupan sehari-hari.
Butiran produk
Pengiah kasut yang lebih panjang yang menjimatkan anda daripada perlu membongkok semasa memakai kasut. Ia juga lebih kukuh kerana diperbuat daripada logam.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
Keluli, Salutan serbuk epoksi
Penjagaan
Lap sehingga bersih menggunakan kain lembap.
Pengukuran
- Panjang: 80 cm
Bungkusan
OMTÄNKSAM
Nombor artikel503.852.22- Lebar: 6 cm
- Tinggi: 5 cm
- Panjang: 80 cm
- Berat: 0.33 kg
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Aksesori untuk OMTÄNKSAM
Produk Berkaitan
Terokai lebih banyak pilihan
Disyorkan untuk anda
Kerana kita semua ada kalanya memerlukan bantuan
Kita tidak selalu suka mengakuinya, tetapi ada satu ketika dalam hidup kita semua memerlukan lebih banyak sokongan di sekitar rumah. Ia mungkin kerusi yang lebih menyokong semasa hamil, tali kasut yang lebih panjang selepas berlari maraton, atau sekadar bantuan hari=hari yang lebih banyak disebabkan oleh proses penuaan semula jadi. Di sinilah rangkaian OMTÄNKSAM memainkan peranan. Direka bentuk berdasarkan input daripada ahli ergonomik, ahli fisioterapi dan penyelidik dalam industri penjagaan, ia menjadikan aktiviti di sekitar rumah lebih selamat, lebih mudah dan lebih selesa. Tidak hairanlah perkataan Sweden OMTÄNKSAM memang bermaksud "prihatin".
Ketua kreatif kami, Britt Monti, merupakan penggerak utama yang mendorong projek ini ke hadapan. "Jika anda melihat katalog IKEA dari tahun 60-an, anda akan dapat melihat bahawa kami pernah bercakap tentang keselesaan dan sokongan untuk warga emas atau mereka yang mempunyai masalah belakang sebagai contoh," jelas Britt. "Tetapi sejak tahun 80-an, kami tidak terfikir akan pelanggan ini semasa membangunkan rangkaian produk." Britt telah berbual dengan para penyelidik, ahli fisioterapi dan doktor serta mereka yang bekerja dalam bidang penjagaan. Kajian ini memberikan gambaran yang lebih jelas tentang cara terbaik untuk menyokong badan dalam melakukan aktiviti asas isi rumah.
Gaya dan reka bentuk ergonomik boleh berfungsi bersama-sama.
Bahan
Apakah keluli?
Keluli mempunyai ciri-ciri unik apabila ia diregangkan dan dibentuk kerana ia kekal kuat. Ia memberikan kekuatan kepada segala-galanya daripada bangunan pencakar langit dan kereta hinggalah rangka katil dan perabot luar. Industri keluli sedang bergerak ke arah pengeluaran yang lebih cekap tenaga dan kualiti keluli yang lebih kukuh. Ia tidak kehilangan sebarang sifatnya apabila dikitar semula dan hari ini keluli merupakan salah satu bahan yang paling banyak dikitar semula di dunia.







