Bagaimana untuk mendapatkannya
Meja lipat yang diperbuat daripada kayu pain padu ini berfungsi dan juga hiasan. Sebahagian daripada koleksi OMMJÄNGE yang kesenian rakyat Sweden diberikan bentuk kontemporari yang menambahkan sentuhan unik pada dekorasi anda.
Butiran produk
Di meja dengan 2 kepak gantung yang boleh dilipat ini terdapat ruang untuk hingga 4 orang.
Pilihan yang baik untuk ruang kecil kerana saiz meja boleh dilaras dengan mudah mengikut keperluan.
Kayu padu ialah bahan asli yang tahan lasak dan tahan haus dan lusuh akibat penggunaan harian.
Kaki biru menambahkan tompokan warna yang memberikan bilik anda ekspresi yang unik dan menarik.
Padan sempurna dengan kerusi OMMJÄNGE.
Matilda Hunyadi
Maklumat berguna
Hanya disyorkan untuk digunakan di dalam bangunan.
2-4 tempat duduk.
Pokok pain mempunyai ira lurus dan simpulan yang memberikannya rupa istimewanya. Ia tahan kecut dan kembang. Lama-kelamaan warnanya akan menjadi lebih pekat dan terang.
Boleh diasingkan untuk pengitaran semula atau pemulihan tenaga sekiranya tersedia ada dalam komuniti anda.
Bagi mengelakkan calar pada permukaan, lengkapkan dengan pelindung lantai lekat sendiri TRIXIG, dijual secara berasingan.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Atas meja/ Daun meja:
- Kayu pain padu, Pelekat, Lakuer akrilik jernih
- Pemegang/ Rangka bawah:
- Kayu pain padu, Pelekat, Berwarna, Lakuer akrilik jernih
Penjagaan
Lap sehingga bersih dengan kain yang dilembapkan di dalam bahan pencuci yang tidak begitu kuat.
Untuk kualiti maksimum, ketatkan semula skru jika perlu.
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
OMMJÄNGE Meja berkepak105.946.75Pengukuran
- Tinggi: 75 cm
- Panjang: 134 cm
- Lebar: 82 cm
Bungkusan
OMMJÄNGE
Nombor artikel105.946.75- Lebar: 80 cm
- Tinggi: 8 cm
- Panjang: 86 cm
- Berat: 18.06 kg
- Bungkusan: 1
Aksesori untuk OMMJÄNGE
Produk Berkaitan
Disyorkan untuk anda
Pandangan pereka
Pandangan pereka
“Kesenian rakyat sentiasa menjadi inspirasi bagi saya dan koleksi OMMJÄNGE bertujuan untuk menyepadukaan hiasan terperinci bentuk seni dengan bentuk kontemporari. Kuncinya adalah untuk menghasilkan bebayang yang berbeza-beza, yang jelas kelihatan dalam tafsiran saya kerusi desa klasik, dalam bentuk meja dan dalam ekspresi grafik pintu kabinet. Dengan perabot ini, saya ingin menjemput semua orang untuk meneroka sejarah dan warisan kesenian rakyat – dan menghargai reka bentuknya yang menarik."





