Cukup langsing untuk diluncurkan ke dalam celah yang sempit dan sudut kecil – sesuai di antara dinding dan kabinet dapur atau di bawah meja, menawarkan storan yang tersedia apabila anda memerlukannya dan tersembunyi apabila tidak digunakan.

Sangat sesuai untuk digunakan di dapur, bilik mandi atau tempat yang memerlukan ruang storan tambahan.
Anda boleh menggunakan troli ini melalui cara yang berbeza-beza, termasuklah sebagai ruang kerja tambahan di dapur, sebagai storan yang praktis di ruang masuk atau meja sisi di bilik tidur anda.
Binaan yang tegap dan dua roda memudahkan anda untuk menggerakkan troli dan menggunakannya di mana sahaja anda suka. Malah ia muat dalam ruang sempit kerana saiznya yang kecil.
Para-para jaring membolehkan udara beredar, membantu mengurangkan pengumpulan habuk dan memudahkan anda melihat serta menyusun barang-barang anda.

Ulasan pelanggan
Produk berkaitan
Terokai lebih banyak pilihan
Disyorkan untuk anda
Fungsi penyelesaian
Perlukan penyelesaian storan yang pantas? Cuba yang beroda!
Troli kami mudah digunakan, boleh ditolak ke mana sahaja untuk barang-barang "di mana saya perlu letakkan ini?" Sesuai benar untuk rempah-ratus di dapur, bekalan kraf semasa sibuk, barang-barang berselerak di ruang masuk seperti kunci dan pengecas atau aksesori rambut yang akhirnya mendapat rumah yang sewajarnya. Letakkan satu di sebelah kerusi berlengan kegemaran anda dan tambahkan kopi – sudut yang serta-merta selesa. Serba guna, berguna dan sentiasa bersedia membantu!
Bahan
Apakah keluli?
Keluli mempunyai ciri-ciri unik apabila ia diregangkan dan dibentuk kerana ia kekal kuat. Ia memberikan kekuatan kepada segala-galanya daripada bangunan pencakar langit dan kereta hinggalah rangka katil dan perabot luar. Industri keluli sedang bergerak ke arah pengeluaran yang lebih cekap tenaga dan kualiti keluli yang lebih kukuh. Ia tidak kehilangan sebarang sifatnya apabila dikitar semula dan hari ini keluli merupakan salah satu bahan yang paling banyak dikitar semula di dunia.


















